Terbaru, pengurus kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak telah memuat naik satu video menerusi akaun Instagram miliknya.
Katanya, penyanyi lagu Anta Permana itu sudah pun berubah jadual serta rutin harian sejak bergelar ibu.
“Bila dah ada anak, rutin dah bertukar, cara bekerja juga dah tak sama, jadual kena bahagi lebih sikit antara anak dan keluarga dengan kerja.”
“Bila nak buat apa-apa, kena tanya empunya badan dulu, sebab bila @ctdk dah ada keluarga dan sekarang bergelar ibu, sebagai pengurusan, kami kena hormat masa kualiti beliau.”
“Kami juga selalu terangkan kepada pihak lain yang mahu berurusan juga sama menghormati masa @ctdk. .”
“Aafiyah baru 11 bulan, nak masuk setahun dah, masih lagi menyusu badan. Semua ni kena ambil kira.”
“Pengurusan masa dan keutamaan seiring, seimbang dan ada yang kena didahulukan. Bila ada kerjasama dan pemahaman yang baik, inshaAllah semua lancar.”
Ads
“Di Singapura pada hari konsert, @ctdk dah berjaga pada subuh pagi menyusukan Aafiyahdan tidak rehat atau tidur sampai ke konsert malamnya.”
“Jika pada mata kasar kita ada kurang atau silap atau tak puas hati ( walaupun semua berpuas hati), saya tabik pada @ctdk sebab dia kuatkan semangat, menyanyi sebaiknya, menghiburkan penonton walaupun saya cemas di belakang pentas, beliau tidak cukup tidur dan tekaknya sebelum naik pentas dah sedikit terganggu.”
“Bab ni saya selalu tabik @ctdk. Dia tau apa dia harus buat, kalau ada kesukaran cara menyanyi begini, dia akan menyanyi cara lain, dalam istilah sebenar penggunaan vokal, saya tak fasih, hahaha.”
“Moga Allah terus memberikan kesihatan buat @ctdk untuk konsert di Kuala Lumpur, 16 Mac ini.”
“Kepada semua yang bertanya, ya tiket dah kehabisan. Maaf sangat!”tulisnya.
Pelakon, Ika Nabella selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak pertamanya, Muhammad Noah Zayn pada 23 Oktober yang lalu.
Menerusi entri terkini milik aktres tersebut, dia kini kelihatan jelita dan kembali kurus seperti sedia kala selepas melalui fasa berpantang.
Lalu, pelakon berusia 30 tahun ini berkongsi tips untuk menjaga badan selepas melahirkan anak.
Selain itu, bintang kelahiran Pulau Pinang ini memaklumkan dia telah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 18kg.
“Since ramai DM beriya siap ucap tahniah I dah kurus tirus so belanja la sikit progress loss weight journey I. Nahhhh! From 72kg to 54kg. Total loss 18kg!!!
“There’s no problem breastfeeding Noah Zayn because I still can consume #BerryFull so Mommies out there don’t give up ok? Watch your food intake, drink plenty of water & find time to work out 15 minutes pun takpe!
“Get rid of your vacuum cleaner we go old school with penyapuuuuu lol. The most important thing find your suitable supplement & as for me I choose #berryfull from @inayahbeautyhq,” tulisnya.
Sekadar informasi, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zaid pada 30 Julai 2016 di Pulau Pinang.
Foto: Instagram Ika Nabella
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mungkin ada yang tidak tahu bahawa pelakon cantik berdarah kacukan, Sarah Hildebrand sebenarnya sudah mempunyai kekasih iaitu hos dan model, Nabil Mahir.
Malah difahamkan hubungan cinta yang terjalin antara mereka sudah pun lebih empat tahun lamanya.
Kemesraan di antara pasangan ini sering kali dikongsikan mereka menerusi media sosial, misalnya di Instagram Nabil sendiri.
Yang pasti bagi yang sedia mengkuti perkembangan mereka sejak dulu, keduanya memang sempoi dan sering bergurau menerusi video yang dimuat naik.
Jadi, jom stalk beberapa foto mesra mereka yang diambil menerusi Instagram masing-masing!
Pelakon Shima Anuar telah menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-2 tahun bersama suami, Mohd Solih Toha.
Momen indah ‘anniversary dinner’ yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi turut dikongsikan Shima, yang kini hamil lima bulan.
Shima yang mengenakan gaun panjang berwarna hitam tampak elegan dan menawan.
Untuk rekod, Shima dan Solih mendirikan rumah tangga pada April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Marian Sophia yang kini berusia 1 tahun 4 bulan.
Foto: IG Shima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti popular, Noor Neelofa meluahkan rasa syukur gembira atas perkahwinan abang iparnya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail bersama penyanyi Singapura, Aisyah Aziz, pada...