Pelakon, Saharul Ridzwan bersyukur apabila anaknya, Muhammad Luth Ali mengingatkannya tentang solat.

Dalam satu entri di laman Instagram, Saharul berkongsi tindakan Ali saat kedengaran azan di masjid yang terletak di bawah rumah mereka.

“Tengah suap Ali makan, lepas tu Ali dengar Azan dari Masjid bawah, dia suruh tukar channel.

 

“Alhamdulillah, Allah kurniakan Ali bukan saja sebagai pewarisku, tetapi sebagai peringatan juga pada saya dan wife supaya jaga solat.

 

“Kalau Ali umur setahun 2bulan pun kyushuk dan senyap dengar Azan. Kita yang umur berpuluh tahun ni ada tak rasa macam tu? Malu Baba pada Ali. Terima Kasih Sayang.#JagaSolatAllahAkanJagaKita InShaaAllah,” kongsinya.

ALLAHU, sejuk perut ibu mengandungkan Ali! MH yang menonton video itu pun rasa ‘termalu’ sendiri.

Ads

Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar Ali menjadi anak yang soleh.

[VIDEO] Alahai, Comelnya Bila Anak Saharul Ridzwan Ingatkan Fasal Solat

Ads

[VIDEO] Alahai, Comelnya Bila Anak Saharul Ridzwan Ingatkan Fasal Solat

Ads

Pada MH, sebagai manusia sememangnya kita sering lalai dan lupa sesetengah perkara, oleh itu, wajarlah sekiranya kita saling ingat-mengingati sesama kita. Renung-renungkan dan selamat beramal.

View this post on Instagram

Dah solat ke belum?

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Foto/IG Story: Saharul Ridzwan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI