Setiap manusia pasti mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia dengan ikatan kekeluargaan yang erat dan itu sudah cukup untuk membuatkan hidup seseorang itu lebih bermakna apabila keluarga yang disayangi sentiasa berada di sisi.
Pagi ini sedang MH meninjau-ninjau perkembangan terkini selebriti di Instagram, mata MH tertumpu pada sebuah video yang dikongsi oleh chef selebriti terkenal, Datuk Fazley.
Video yang dikongsinya merakamkan dirinya serta isteri dan salah seorang anaknya yang baru tiba di balai ketibaan di lapangan terbang telah disambut oleh tiga orang lagi cahaya matanya.
MH melihat anak-anak kepada chef selebriti popular ini masing-masing berlari dan memeluk erat antara satu sama lain sambil menangis melepaskan rindu.
Menurut kapsyen yang ditulis oleh Fazley, dia, isteri dan seorang anaknya tidak dapat menaiki penerbangan asal untuk pulang ke Kuala Lumpur dan itu membuatkan anak-anaknya yang berada di tanah air risau jika mereka tidak pulang buat selamanya.
“Semalam bila tak dapat naik flight yang asal untuk balik ke Kuala Lumpur, abang dan adik dah menangis di rumah risaukan kami takkan balik langsung. Selepas selesainya semua masalah penerbangan, bagasi ‘hilang’ bersama MAS, akhirnya empat adik beradik ada pertemuan “Jejak Kasih” di airport tadi. Payish, Piyash, Piyush & Baby Ellie are now all reunited again! @payishpiyashpiyush @ellie_alaynaselma,” tulis Fazley.
Aduh tersentuh betul hati MH melihat betapa eratnya pelukan anak-anak Fazley ini. Terserlah keakraban yang terbina antara mereka.
Malah bukan MH sahaja yang tersentuh hati, di ruangan komen pula penuh dengan komen daripada peminat yang juga sayu melihat video ini.
Apapun bagi MH video yang dikongsi oleh Fazley ini boleh dijadikan contoh buat kita semua untuk lebih erat dengan keluarga masing-masing.
Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI