Meski sudah beberapa hari bergelar suami isteri, pernikahan pasangan pelakon, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana bagaimanapun masih diperkatakan ramai terutamanya pada sesi menyarung cincin pasangan mempelai.

Momen berkenaan yang kini tular merakamkan aksi Ardell yang dilihat seperti malu-malu saat suaminya mahu menyarung cincin pernikahwinan.

Namun, dalam ramai yang suka ada segelintir yang pesimis terhadap momen tersebut memandangkan keduanya sudah pun berkawan sejak beberapa tahun lalu dan sering merakam video bersama menerusi media sosial.

Lalu, mungkin terkesan atas reaksi segelintir netizen yang pesimis, adik kepada Nadzmi Adhwa, Nadzim Adzham ada memuat naik status memberi pandangan terhadap apa yang diperkatakan.

Video Ardell Menggigil, Sebak Ketika Mahu Disarung Cincin Tular, “Walaupun Diaorang Pelakon Tapi…,” Adik Nadzmi Adhwa Kongsi Pencerahannya

Ads

“Lets do this one last time, make it clear, tbh ramai cakap itu dan ini, janganlah terlampau mengecam ya wahai manusia, aku pun terkejut diaorang malu-malu bila nak sarung cincin tu semua, and memang diaorang mesra bila kat luar, tapi tak pernah bersentuhan selama aku dengan diaorang.

“Aku memang salute abang aku lemah-lembut, kakak ardell pulak jenis yang tegas, ini kan mahu bersentuhan, walaupun diaorang pelakon tapi semua yang dirakamkan bukan lakonan, and aku bukan nak tunjuk aku bagus ke apa cuma kadang-kadang mulut orang ni tahu menilai orang dari rupa paras dan kerjaya mereka.

Ads

“Kenal dulu orang base on percakapan dan ilmu yang disampaikan bukan dari rupa paras aku sendiri kenal abang aku. Orang kenal aku tahu tak kan cakap benda macam ni eh. So jangan nak judge kalau tak kenal aku,” tulisnya panjang lebar.

Ads

Terdahulu, pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid AL Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz dalam sebuah majlis serba sederhana tetapi meriah.

Ardell telah menerima hantaran senaskah Al-Quran, mas kahwin berjumlah RM300 serta dua dulang hantaran. Nadzmi turut menerima dua dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan.

Difahamkan, Al-Quran yang dijadikan hantaran kepada pengantin perempuan merupakan hadiah daripada Ardell kepada Nadzmi semasa majlis merisik, namun dipulangkan semula sebagai hantaran selepas dibaca dan difahami tafsirnya.

Foto: Instagram Nadzim Adzham

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI