
Anak kepada pelakon Que Haidar, Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haida kini semakin meningkat dewasa.
Terbaru,Que ada memuat naik sepotong video yang memaparkan aksi kedua-dua anak gadisnya itu asyik menari dengan berlatarbelakangkan lagu Bad Romance nyanyian Lady Gaga.
View this post on InstagramBalik2 rumah ada video utk daddy.. ?
A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on
Lantas,netizen telah memberi komen terhadap aksi kedua-dua anak gadis Que dan Linda Jasmine itu.
Setakat ini, video tersebut telah mendapat hampir 200,000 tontonan setelah dimuat naik Que semalam.
Video :IG Que Haidar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rohana Jalil Kritikal Di ICU, Bernafas Guna Bantuan Oksigen

Penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil, 68, kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhkriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras tanpa diketahui penyakit sejak Rabu.
Berita itu disahkan oleh rakan baiknya, penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman memetik laporan Berita Harian.
Menurut Salwa, dia yang masih terkejut dengan berita itu berkata doktor masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan mengenai penyakit dihidapi Rohana memandangkan penyanyi itu tidak pernah mengalami penyakit serius sebelum ini.
“Semalam, saya mendapat khabar keadaan Rohana kritikal dalam ICU dengan penyakit yang belum diketahui.
“Saya memang terkejut kerana mengenalinya, Rohana seorang yang aktif dan jarang sakit,” katanya.
Salwa berkata, dia diberitahu Rohana dikejarkan ke hospital, kelmarin, namun, anak-anaknya masih merahsiakan daripada pengetahuan sesiapa.
“Bagaimanapun, bila keadaan Rohana semakin kritikal, anak-anaknya mula berkongsi perkembangan kesihatan Rohana dan minta mendoakan kesembuhan.
“Pelawat tidak dibenarkan melawat Rohana, buat masa ini. Ini kerana Rohana masih dalam ICU dan bernafas menggunakan bantuan oksigen.
“Saya dengar Rohana sudah ada tindak balas sedikit, namun keadaannya masih lemah dan dalam pemantauan, semalam,” katanya lagi.
Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil memulakan karier sebagai penyanyi sejak usia 17 tahun pada 1979.
Ibu kepada pelakon Kilafairy itu dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 1980.
Selain Rayuanku, Rohana juga popular menerusi lagu duet bersama To’ki berjudul Naluri Cinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isaac Voo Corot Dengan 36.33% & Terkeluar Susulan Imuniti-X, Nadeera Unggul Dengan 85.67%. Ini Markah Penuh Semua

Penyanyi Isaac Voo diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir daripada program hiburan realiti hiburan, Big Stage 5 (BS5) yang berlangsung pada Ahad.
Penyanyi kelahiran Sabah berusia 28 tahun terkeluar dalam saingan menerusi Imuniti-X yang digunakan juri profesional, Ajai dan Aina Abdul bagi menyelamatkan Naufal Azrin yang sepatutnya menjadi peserta pertama tersingkir.
Isaac yang menyanyikan lagu Terhangat Di Pasaran (KRU) gagal menambat hati juri yang turut mengundang penyanyi terkenal Indonesia, Andmesh Kamaleng.
Dikongsikan kedudukan markah kesemua peserta yang bertanding;
Bertemakan Flex Your Beat, 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan yang berbeza setiap minggu.
Sementara itu, penyanyi Nadeera Zaini memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM3,000.
Empat edisi Big Stage terdahulu telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 berlangsung selama sepuluh minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Walau Seringgit, Amat Bermakna Buat Anak Tahfiz,” -Usaha Murni Putra Amaris Kongsi Rezeki Untuk Generasi Al-Quran

Isi Kandungan
Toggle“Walau seringgit, ia amat bermakna buat anak-anak tahfiz.
Demikian kata pelakon, Putra Amaris yang menyifatkan Program Kongsi Rezeki: Tahfiz Berselawat 2025, yang berlangsung di Warung Pagi Pagi, Federal Hill, pada Sabtu sebagai satu usaha baik yang wajar diteruskan.
Program anjuran SoftRein ini bertujuan mengumpul dana bagi pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah, Keramat, Kuala Lumpur, serta membantu institusi tahfiz sekitar ibu negara.
“Alhamdulillah, dengan izin Allah, program hari ini berjalan dengan luar biasa. Sebelum bermula, anak-anak tahfiz menunaikan solat hajat.
“Selain berselawat, kami juga meneruskan pengumpulan dana untuk mereka. Apa sahaja yang diterima hari ini terus disumbangkan,” katanya.
Amaris menambah, sumbangan yang diperlukan tidak terhad pada jumlah tertentu, sebaliknya diterima pihaknya dengan penuh keikhlasan.
Bagi yang tidak dapat hadir, mereka masih boleh berinfaq melalui akaun tersedia dan program sama akan diteruskan di Restoran Saloma, Kuala Lumpur, pada 22 Mac ini depan.
Malah jemputan turut terbuka kepada artis, pempengaruh serta masyarakat umum untuk sama-sama terlibat dalam usaha kebajikan ini.
Bantuan Berterusan
Tidak terhenti di bulan Ramadan, Amaris menegaskan usaha murni ini akan diteruskan sepanjang tahun bagi membantu lebih ramai golongan memerlukan.
“Selain anak-anak tahfiz, kami juga akan membantu anak-anak pesakit kanser yang memerlukan susu, lampin, dan keperluan lain.
“Kami tidak lupa anak yatim dan gelandangan yang memerlukan bantuan berterusan. Ujian hidup adalah cabaran buat mereka, tetapi sebenarnya itu juga ujian buat kita semua,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, menerusi Kembara Sahur pula, pihaknya juga akan menyampaikan barangan keperluan asas dan wang tunai kepada keluarga yang benar-benar memerlukan.
Bersatu Demi AnakTahfiz
Terdahulu, dengan tema “Putih Bersih”, program Tahfiz Berselawat juga adalah bertujuan menyatukan komuniti untuk beramal dan menyokong generasi Al-Quran.
“Program ini sebahagian daripada usaha murni dengan kerjasama Warung Pagi Pagi, SoftRein, Bateriku.com, dan Bigo Live.
“Kami ingin menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan yang penuh berkat ini,” katanya.
Kumpulan Raihan turut membuat penampilan khas di dalam majlis ini dan ia bukan sekadar menghidupkan suasana Ramadan tetapi juga memberi impak mendalam kepada pencinta Rasulullah SAW.
Sementara itu pada 22 Mac di Saloma Kuala Lumpur, seramai 100 anak tahfiz akan dihimpunkan, dengan 30 meja dijual bagi tujuan kutipan dana.
Sebahagian hasil akan disalurkan ke Maahad Tahfiz, manakala sebahagian lagi akan diinfaqkan kepada Pesakit Kanser Kanak-Kanak, Adina Charity Circle.
Bagi yang ingin menyumbang kepada generasi Al-Quran ini, infaq boleh dilakukan melalui akaun CIMB: 8602008531 (Maahad Tahfiz Al-Quran Misbahul Falah).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI