Baru-baru ini tular di laman sosial tentang satu video yang menunjukkan seorang lelaki yang membawa kereta dengan keadaan yang sangat laju dan merbahaya.
Tindakan lelaki itu telah menakutkan anak dan isterinya yang juga berada di dalam kereta tersebut. Terdengar jeritan dan tangisan anak dan isterinya sambil merayu agar lelaki itu memperlahankan kenderaan tersebut.
Rayuan mereka tidak dipedulikan dan kereta terus dipandu dengan keadaan yang sangat bahaya.
Tersebarnya video ini telah menaikkan kemarahan para netizen yang menontonnya. Ada yang mengatakan cara pemanduan lelaki ini boleh membuatkan si anak trauma dan sebagainya.
Antara komen netizen tentang video ini,
It’s potassium, K: bad parenting, buat anak trauma, nt dh tua anak xbalik kampung bising.
Rahim Nordin: x kesian kat anak anak ke … Ingat anak-anak anak tu amanah Allah …
Just Call Me IKONIC: Dh tkmau hidup ke sampai bwk krta mcm tu lol
Sumber: Twitter @Haunt2