Anggota kumpulan K-Clique, MK menafikan dakwaan segelintir pihak yang anggap dirinya ada menyokong organisasi Illuminati.
Ia berikutan tularnya sebuah video yang memaparkan MK mempersembahkan sebuah lagu yang liriknya dikatakan ada berkait dengan organisasi rahsia itu.
Malah lambang yang sinonim dengan Illuminati ‘666’ turut tertera pada video berkenaan.
Bagaimanapun, MK menjelaskan bahawa video tersebut hanyalah ‘social experiment’ untuk mengajar netizen di luar sana untuk selidik dan tidak memerima bulat-bulat apa yang disampaikan oleh orang lain.
“Kalau saya join illuminati ayah dan mama sudah tentu membantahnya. Saya masih lagi dipemikiran yang wajar. Saya sendiri tak percaya semua benda itu.
“Sebagai penyanyi rap, kami akan membawa pengisian rap kami dalam pelbagai bentuk dan tiada tapisan akan dibuat.
“Sama ada dari segi penyampaian atau mesej yang ingin kami selitkan, pastinya ia berbeza. Pandangan kami, setiap orang itu mudah untuk terima 100 peratus apa sahaja yang diperkatakan oleh orang lain tanpa berfikir panjang.
“Segala benda yang kami lakukan orang tetap akan berkata juga dan kerana itu setiap muzik kami adalah eksperimen kami untuk buat yang lebih baik,” katanya kepada MH.
MK berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran jenama rokok elektronik terbaru, BAL, di Bukit Jalil pada Jumaat.
Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘Malu Apa Bossku’ itu turut meluahkan rasa bangga apabila ramai artis ‘mainstream’ ketika ini mahu berkoleborasi bersama mereka.
“Bila ramai artis mainstream yang mahu berkoleborasi bersama kami, kami dapat rasakan penghargaan tersebut sangat ‘real’ dan itu bermakna muzik kami ini didengari.
“Muzik kami diterima dan kami berada di zon yang orang nampak. Kami tidak mengharapkan lebih sebenarnya,” jelasnya lagi.
Terdahulu, majlis pelancaran alternatif rokok elektronik, BAL adalah untuk menyahut saranan kerajaan supaya rakyat Malaysia berhenti merokok menjelang tahun 2025.
https://www.instagram.com/p/Bzj5xbCnWgP/?igshid=h8fenvfuv1ac
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI