Menerusi posting terbaru pelakon Eira Syazira telah berkongsi satu video ketika dia bersama suaminya, Azad Jasmin menyahut cabaran untuk memakan petai dan budu yang telah dikisar bersama.
“Posted @withrepost • @era.je Tengok la muka nakal Johan @jozlynnhanania dengan Ray @raydapdap ketawakan @azadsyazirarose dengan @eirasyaziraofficial sebab kena makan petai + budu yang dah blend #BenarAtauCabar#couplemeletop#ame2019#azadeira@familypakazad @srikandi.es”tulisnya.
Lantas, perkongsian rakaman video tersebut telah menarik perhatian peminat kerana berasa kelakar apabila melihat gelagat pasangan ini.
Alahai kelakar betul bila tengok gelagat pasangan ini. Agak-agak kan macam mana rasanya petai dan budu yang telah dikisar bersama? Mesti pelik kan rasa dia?
Video : Instagram Eira Syazira