Kakak Neelofa yang juga isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila sebentar tadi ada berkongsi keratan video yang merakamkan aksi kandid anak lelakinya, Jebat Jayden sambil mengunyah ‘jajan’.
Lalu, bagai awal-awal tahu postingnya akan menerima pelbagai reaksi di kalangan pengguna Instagram, Nabila menyatakan apa yang diberikan buat anak kecilnya itu sebenarnya merupakan makanan organik.
Ads
“Happynya dia dapat makan cikedis 😁 ( ok acik2 bawak bertenang jangan kecam ya ni cikedis organic),” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Jebat Jayden terpaksa menjalani pembedahan sebelum Syawal lalu selepas anaknya mengalami masalah jangkitan saluran kencing sejak beberapa bulan lalu, hingga menyebabkan terpaksa berulang-alik menjalani rawatan di hospital.
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan usahawan, Tya Arifin yang kini sedang hamil anak ketiga.
Pengumuman gembira itu dibuat Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri Arifin menerusi hantaran terkini yang dikongsikan menerusi Instagram, semalam.
Dalam video berkenaan, Tya memegang akhbar dengan paparan tajuk berita ‘Welcome Little One’, sementara suaminya, Asyraf Khalid pula membaca ‘Baby Is On The Way’.
“Can you spot the announcement?,” tulisnya ringkas pada ruang kapsyen menerusi hantaran yang sudah pun menerima hampir 25,000 tanda suka itu.
Sementara itu, rakan selebriti dan peminat saling meninggalkan ucapan tahniah pada ruangan komen.
Rata-ratanya mendoakan agar urusan bersalin Tya selepas ini dipermudahkan.
Untuk rekod, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sering kali menerima kecaman dan tomahan netizen, pelawak dan penyampai radio, Shuib menzahirkan rasa syukur dengan penerimaan masyarakat yang kini sudah boleh menerima baik pempengaruh, Watie Hanifiah sebagai isterinya.
Jelas Shuib, dia selalu berpesan kepada isterinya itu untuk sentiasa bersabar dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT.
“Saya sangat bertuah kerana Watie iseorang yang mendengar kata. Sebelum ini, saya ada pesan, kalau netizen ada bercakap apa-apa, buat tak tahu atau abaikan dan dia pun ikut sahaja.
“Apa yang dia ingin kongsikan di media sosial, dia akan bertanya dahulu. Alhamdulilah, sekarang ini pula, orang ramai sudah semakin sukakan Watie.
“Saya bagitahu dia, bila kita berada di pihak yang benar, percaya dan pertahankan apa yang kita lakukan, Allah akan bantu.
“Lama-kelamaan, orang akan sukakan kita dan perkara itu memang terbukti,” katanya kepada MH.
Kongsi penyampai radio Suria FM ini lagi, kejujuran dan keikhlasan yang ditunjukkan Watie selama ini nyata telah mengetepikan persepsi buruk masyarakat terhadap dirinya.
“Ketika kemunculan kami di program Meletop, Watie sangat takut dengan respon netizen. Selepas akhir rancangan, dia tak nak tengok telefon. Dia sangka orang akan mengutuk cara dia bercakap di hadapan kamera.
“Namun, hal sebaliknya pula yang berlaku. Rupa-rupanya netizen sukakan Watie disebabkan kejujuran dan keikhlasan dia. Alhamdulillah, kami sentiasa percaya dengan percaturan Allah SWT.
“Walaupun, pada mulanya kami merasakan situasi ini amat memeritkan, tapi selagi mana kita ikhlas, buat perkara yang betul dan baik, Allah mesti bantu,” ujarnya lagi.
Sementara itu, ditanya mengenai soal perancangan zuriat, Shuib memaklumkan dia dan isteri kini mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk membesarkan empat orang cahaya mata ini terlebih dahulu.
“Watie bagitahu saya yang dia belum bersedia kerana dia merasakan Ayash masih kecil lagi. Kami pun masih ada tiga orang anak yang semakin membesar. Jadi, untuk menjaga empat orang anak, bukan mudah.
“Uwais, Talita dah Matin tengah melalui satu momen di mana sebagai ibu bapa, kami kena sentiasa dekat dengan mereka. Saya kena berkawan dengan mereka.
“Namun ada kalanya saya sibuk. Jadi, Watie yang akan galas tugas tersebut.
Sekarang ini, anak-anak pula banyak bercakap dari hati ke hati bersama Watie. Ajaib sungguh aturan Allah ini,” akhirinya.
Sekadar informasi, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Pada tanggal 23 Jun lalu, Shuib telah selamat mendirikan rumah tangga bersama cinta hatinya, Watie dengan hanya sekali lafaz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi Sinar Harian, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tampil menafikan mengenai video intim yang didakwa miripnya yang kini tersebar menerusi media sosial.
Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh abang kepada pengacara sensasi, Azwan Ali itu;
SAYA merujuk kepada laporan media hari ini berhubung fitnah dan tuduhan seorang individu yang cuba mengaitkan saya dalam satu video lucah.
Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini yang bersifat tuduhan jahat dan kejam.
Saya yakin siri fitnah ini adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian saya serta menjatuhkan saya dan memusnahkan karier politik saya.
Saya yakin kerja jijik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadan serta tuduhan rasuah yang tidak benar dan tidak berasas.
Saya mengutuk sekeras-kerasnya gutter politics. Sesungguhnya, ia tidak mempunyai tempat dalam era Malaysia Baharu, di mana kita sedang berusaha untuk membina semula negara melalui reformasi institusi dan berpegang kepada politik nilai yang luhur dan murni.
Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain.
Saya akan menggunakan segala kaedah undang-undang yang sah untuk mendedahkan mereka yang turut terlibat dalam kerja jahat ini.
Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan pengecut ini dan percubaan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu negara yang lebih mendesak dan kejayaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam melaksanakan dasar pembangunan negara yang mampan dan inklusif.
Saya yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil segala langkah yang perlu berhubung tuduhan jahat ini.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Menteri Hal Ehwal Ekonomi
12 Jun 2019
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, sekali lagi menjadi contoh inspirasi kepada masyarakat di luar sana apabila menunaikan tanggungjawab sebagai usahawan Muslim...