Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai kisah seorang ibu yang terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah bayi lelakinya yang baru berusia tiga bulan akibat kesempitan hidup.
Kisah yang berlaku di Semporna, Sabah itu nyata menimbulkan tanda tanya di hati ramai pihak yang mempersoal mengapa permasalahan seperti ini boleh terjadi.
Antara yang turut terkesan sebaik sahaja mendengar perkhabaran tersebut termasuklah pelakon, Atu Zero.
Jelas Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, dia berasa terpanggil untuk memohon maaf kerana membiarkan insiden menyayat hati seperti ini berlaku di negeri kelahirannya.
Dalam pada itu, Atu turut dilihat mempersoal keberadaan ketua kampung dan jiran-jiran terdekat sewaktu kejadian tersebut berlaku.
“Salam semua. Alhamdulilah. Maafkan saya dik. Mana ketua kampung disitu jiran-jiran diorang tidak tanya ka masalah saudara-saudara di sekeliling.
“Nasib baik ada sukarelawan situ yang lalu. Terima kasih banyak-banyak sama sukarelawan tu,” tulisnya.
Rasa sedih itu dikongsikan oleh bapa kepada dua orang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Atu turut menitipkan ucapan penghargaan kepada pihak sukarelawan yang membantu menyempurnakan jenazah bayi tersebut.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih selain turut mendoakan semoga bayi tersebut ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Allahuakbar, SubhanAllah. Kesiannya baby tu. Aku tersentak baca ni. Lindungilah anak-anak kami semua Ya Allah.
“Nun di syurga tempatmu. Tiada lapar tiada sakit hanya kegembiraan sayang. Allahu.
“Allahuakbar berat dugaan si ibu.
“Semoga nasib keluarga ini terbela,” antara komen-komen yang diberikan netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Atu Zero
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Turut bersimpati melihat keadaan penduduk di beberapa bahagian di Selangor yang terjejas akibat ketiadaan bekalan air, pendakwah terkenal, Ebit Lew terdorong untuk meringankan beban penduduk setempat.
Menerusi hantarannya di Facebook sehari lalu, Ebit menzahirkan rasa sayu atas apa yang berlaku lalu menghantar lori yang membawa belakan air untuk diagihkan kepada penduduk flat sekitar Subang, Selangor.
“Sayu rasa hati bila Selangor diuji lagi tiada air.
“Malam ni terus order lori bawa air dan agihkan pada penduduk flat sekitar subang malam ni. Ada beberapa tempat lagi mesej saya.
“Dari siang uruskan. Walau dah malam ramai datang nak air. Tua muda pelbagai bangsa. Bawa baldi. Kami bagikan juga dalam 4 tank kecil supaya boleh bagi lebih dekat dengan blok,” tulisnya.
Ebit pada masa sama turut memaklumkan, dia ke beberapa lokasi mengikut permintaan mereka yang terjejas.
“Doakan yer. Nak hantar air ke beberapa tempat lagi malam ni mengikut permintaan.
“Macam mana kita nak lena jika ada orang memerlukan air. Besar nilai dan nikmat air ini,” jelasnya.
Foto: Facebook Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ruhainies ada berkongsi sepotong video pendek saat meraikan hari jadi kakaknya yang juga pelakon, Nur Risteena pada Khamis.
Menariknya, kek bagi meraikan ‘birthday girl’ yang ditempah khas dengan rekaan seperti seekor lipas nyata membuatkan Risteena terkejut dan kelihatan ketakutan pada awalnya.
Menurut Ruhainies, bintang berkenaan sememangnya seorang yang takutkan lipas.
“SURPRISE! HAHAHAHAHAHA. Happy birthday sweet 17 @nur_risteena. I hope you love the surprise. Imemang dah lama plan cake ni specially order for risteena.
“Sebab dia dari kecik lagi punya takut lipas tu kalau jerit boleh gegar bangunan. Korang rasa dia makan tak cake tu?
“Million thanks and congrats to @madaboutcake_official for the beautiful cake! More than what I expected!
“Even last minute order, you guys still made it! Thank you so much,” tulisnya pada ruangan komen.
Video yang sudah pun ditonton lebih 80,000 kali itu turut menerima reaksi pelbagai wargamaya.
Turut kelihatan di dalam sesi sambutan ialah rakan terdekat serta ahli keluarga pelakon berkenaan. Tunang Risteena, Isa Khan turut setia menemani.
Foto: Instagram Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti sensasi, Nikita Mirzani, tetap bersuara meskipun kini sedang berada dalam tahanan di Polda Metro Jaya.Bersempena ulang tahunnya yang ke-39 pada 17 Mac, satu...