
Meskipun single terbaru daripada pengasas kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Sajat yang turut menampilkan selebriti Indonesia, Lucinta Luna yang berjudul Bobo Di Mana belum dilancarkan secara rasmi, namun ia sudah pun mendapat reaksi pelbagai netizen.
Ada yang suka dan tidak kurang yang tidak berapa gemar dengan lagu berkenaan apatah lagi dengan sedutan tarian yang dipaparkan menerusi teaser lagu tersebut.
Sehari lalu, figura yang sinonim dengan jenama Abang Kosmetik itu ada memuat naik lip sync ketika mereka terhadap lagu tersebut, lengkap dengan tarian yang cukup ‘mengundang’ di Instagram.
Lalu seperti biasa, ia menerima pelbagai pandangan netizen. Ada yang terasa malu dengan beberapa aksi yang dilakukan mereka, terutamanya daripada Sajat dan Lucinta.
Ini dia sedutan video berkenaan. What say you?? Tapi dalam ramai cemuh tu, video tersebut sudah pun ditonton hampir 700,000 kali ok di IG DS Aliff!
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Foto/video: Instagram Aliff Syukri.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Tegas Boleh Bukan Jerit Pekik,” – Peserta Pun Ada Air Muka, Elly Mazlein Tak Setuju Cara Penjurian Yang ‘Keras’

“Juri memang harus tegas, tapi biarlah bertempat.”
Demikian pendirian selebriti popular Elly Mazlein apabila ditanya pendapatnya mengenai gaya kritikan atau penilaian yang dilakukan segelintir juri, lebih-lebih lagi menerusi program hiburan yang disiarkan secara langsung.
Elly, 42, berkata meski percaya setiap juri ada pengalaman baik selain mempunyai cara tersendiri di dalam melontarkan komen, namun ia seharusnya dilakukan secara berhemah tanpa mengguris hati mana-mana pihak.
“Pada saya, istilah teguran kerana sayang tidak semestinya dengan tengking atau meninggikan suara. Kalau sayang atau rasa nak marah, biarlah ia dilakukan secara belakang kamera.
“Sebab apa, bila ia dilakukan di hadapan kamera… sebenarnya kita sebagai juri, kita bukan sahaja menjurikan seseorang artis itu. Dalam masa sama, secara tak langsung segala apa yang kita kritik itu sebaiknya biar memberikan ilmu kepada peserta bertanding dan penonton.
“Mungkin ada di antara yang menonton itu ada yang mahu menjadi penyanyi sebab itu mereka tonton dan sedar kalau program berbentuk pertandingan sedikit sebanyak ia boleh bantu beri ilmu juga kepada mereka,” katanya kepada MH.
Artikel Berkaitan;
“Dia Tak ‘Overshadow’ Peserta Pun,” – Elly Melebih-Lebih? Ini Respon Rakan Hos GV9, Nabil Ahmad
Kepom Di GV9, Komen Pak Nil; “Elly Mazlein Ialah Seorang Yang Mewarnakan Pentas.”
Elly Mazlein Ulas Isu Lama Dengan Ramli MS ; “Hubungan Sangat Baik, Sudah Boleh Bergurau.”
Tanpa menyebut mana-mana pihak, Elly yang pernah berada di posisi Presiden Netizen program Big Stage sebelum ini menambah, dia terbuka sekiranya juri bertegas di dalam menilai, tetapi jangan sampai keterlaluan.
“Jadi bila berlakunya situasi juri tengking sehingga membuatkan ada hati yang terluka… jangan cerita nak jadi anak seni hati kena keras. Anak seni ke, kita manusia. Ada hati dan perasaan. Kita bukan kayu. Kita pun ada air muka, perasaan malu dan sebagainya.
“Ya kita boleh beritahu apa yang salah, cuma macam saya kata kalau tegur sebab sayang misalnya bukan begitu caranya. Nak tegas boleh bukan jerit pekik macam mengamuk. Kalau boleh saya mahu perkara begini tidak berlaku.
“Apa pun kita kena jaga air muka orang sebab bintang yang ditegur itu ada yang masih muda dan jauh lagi perjalanan. Kalau boleh janganlah mencalar imej mereka,” katanya lagi.
Hos Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) ini juga merancang untuk mengambil kelas demi memantapkan ilmu pengetahuannya dalam soal vokal dan muzik selepas ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Ni Bernafas Pun Orang Bercakap,” – Didakwa Kerap Buat Muka Sombong Bila Juri Komen, Ini Respon Shila Amzah

Penyanyi, Shila Amzah menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya kerap menunjuk reaksi wajah ‘sombong’ ketika menerima komen-komen negatif daripada para juri Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).
Menurut Shila, isu seperti ini dilihat seperti sengaja dibangkitkan bagi menanam kebencian terhadap dirinya.
“Apa yang boleh saya katakan, orang-orang di Twitter ini ada sahaja perkara yang mereka ingin bangkitkan. Seandainya mereka berani untuk bercakap sebegitu secara bersemuka, saya sangat seronok untuk mendengarnya.
“Saya ini kalau bernafas pun orang akan bercakap. Tak tahulah. Mereka seperti tidak suka kepada saya tapi mengapa, saya okay sahaja,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Memori Tercipta itu berkata sedemikian ketika ditemui usai konsert separuh GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad.
Tambah Shila lagi, pendengarannya sewaktu di atas pentas juga agak terbatas disebabkan ‘ear monitor’ yang dipakainya.
“Bayangkan bila kita selesai membuat persembahan, sudah tentu kita penat. Saya ini sejenis bila sedang fokus, wajah saya akan berkerut. Itu wajah fokus saya. Pernah ke saya buat ‘rolling eyes’ semasa merima komen juri? Rasanya tak pernah.
“Ketika penjurian, saya masih lagi memakai ear monitor. Suara juri tidak kedengaran di situ. Saya tak sempat nak buka pun. Saya kena fokus betul-betul untuk mendengarnya ketika di atas pentas,” ujarnya lagi.
Bercakap mengenai soal kehadiran bapanya yang juga merupakan penyanyi, ND Lala bersama ibunya malam tadi, Shila memberitahu, dia sangat gembira bila orang yang paling disayanginya itu menonton persembahannya.
“Kehadiran kedua ibu bapa saya ini juga merupakan satu kejutan buat anda semua. Kita memang dah ramcang sebegitu. Bapa saya selalu sibuk bila hujung minggu.
“Saya sangat gembira untuk melihat bapa saya di sini malam ini. Dia memang sudah berjanji akan datang pada konsert separuh akhir dan final,” jelasnya lagi.
Semalam, Shila telah membawakan lagu Sang Dewi dendangan asal Titi DJ. Manakala pusingan duet pula, Shila telah bergandingan bersama penyanyi, Jaclyn Victor menerusi lagu Sampai Bila (Misha Omar).
Dua persembahan memukau itu memboleh Shila berada ditempatkan kedua dengan markah 79.20% seterusnya berjaya mara ke konsert akhir Ahad ini.
Jaclyn Victor unggul ditempat pertama dengan meraih markah tertinggi 84.30%.
Selain Jaclyn dan Shila, empat lagi peserta turut berjaya mara ke konsert akhir iaitu Bob Yusof, Tomok, Hazrul Nizam dan VE.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hormati Keputusannya, Dia Perlukan Privasi Seketika,” – Neelofa Jawab Punca Adik ‘Senyap’ Dari Media Sosial

Sejak mengambil keputusan untuk menutup akaun media sosialnya sejak beberapa bulan lalu, ramai yang tertanya-tertanya mengenai perkembangan terkini adik kepada Neelofa, Ameera Khan.
Ia secara tidak langsung menyebabkan ada yang membuat pelbagai persepsi terhadap remaja terbabit.
Bagaimanapun, Neelofa ketika ditanya mengenai hal tersebut menjelaskan, adiknya sedang berehat seketika daripada dunia media sosial.
Malah katanya kepada MH, Ameera sebolehnya tidak mahu kuasa media sosial memberi ruang untuk mempengaruhi pemikirannya sebagai remaja yang sesang meningkat dewasa.
“Dia sedang berehat dari media sosial sebenarnya. Katanya sebagai seorang remaja yang membesar, dia banyak terima pelbagai persepsi.
“Malah dia juga selalu bandingkan kehidupannya dengan apa sahaja yang dilihatnya di Instagram, khususnya. Jadi dia rasa macam… dia kurang bagus, dia rasa tak sempurna.
“Jadi semua itu menyebabkan ia seakan ‘slowly eating her’ dan dia beritahu untuk take a break sekejap. Tidak mahu perkara itu akan berikan kesan kepada pemikiran,” kata Neelofa.
Sebagai kakak, dia menyokong penuh terhadap keputusan Ameera kerana ia secara langsung memberi impak positif dalam fasa membesar dan meminta ramai pihak agar menghormati privasi adiknya itu.
“Saya sebagai kakak sudah pasti akan sokong tindakannya itu. Ia bagus untuk awak sebab awak remaja yang sedang membesar dan tengah mencari identiti dan secara tak langsung perkara itu akan berikan kesan.
“Saya rasa dia akan kembali tidak lama lagi. Berilah ruang untuk dia membesar ikut ‘flow’ dan tidak membesar dengan arus sosial media.
“Sayanglah juga sebab apabila dia mengambil pendirian untuk tutup akaun, banyak juga jenama yang tanya. Saya beritahu, hormati keputusannya… dia perlukan privasi seketika, dia akan kembali nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, nama Ameera atau sinonim disapa sebagai Little Miss Khan sering kali menjadi tumpuan apabila tindak tanduknya menjadi perhatian, lalu mencetuskan reaksi pelbagai di kalangan pengguna media sosial.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI