Umum mengetahui, penyanyi Faizal Tahir merupakan salah seorang aktivis kemanusiaan yang sering menyertai misi-misi bantuan di bumi bergolak terutamanya di Syria.
Terbaru, Faizal meluahkan rasa terharunya selepas menerima kiriman video ucapan istimewa daripada seorang kanak-kanak Syria yang dimuat naik oleh pelakon, Natasha Hudson di Instagram.
“Best Eid present ever. Made my day. Thank u my dear sister @natashahudsonofficial. May Allah ease everything for u n may you receive His blessings in abundance. Aamiin.Please send my love to the children. Hope i get to see them soon Insha’Allah. Aamiin Btw, saya sayang kamu juga!! #eidmubarak #syria #jordan #malaysia#iamfaithmen,” tulisnya.
Tambah Faizal, ini adalah hadiah Aidil Ahda yang paling istimewa yang pernah diterimanya serta berterima kasih kepada Nataha diatas kiraman video tersebut.
Difahamkan, kumpulan anak-anak yang dilawati oleh Natasha itu adalah kumpulan yang sama sewaktu Faizal menjalankan misi kemanusiaan di Syria beberapa bulan lalu.
Susulan itu, diruangan komen rata-rata netizen turut berkongsi rasa sebak mereka selepas menonton video tersebut.
Ternyata kehadiran Faizal yang lalu telah memberi impak yang mendalam sehingga anak-anak Syria disana masih menyebut-nyebut nama Faizal sehingga kini.
Video: Instagram