Pelakon dan penyampai radio, Shuib hari ini dikejutkan dengan kehadiran isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah apabila dia tiba di konti radio.
Menariknya, kehadiran Sarah bukan dengan tangan kosong, sebaliknya disertakan dengan sejambak bunga dan beberapa biji belon berbentuk hati.
Kejutan itu dikongsikan Shuib di Instagrammya kerana hari ini genaplah usia perkahwinan mereka yang ke-8.
“Kesayangan dtg studio arini!!!! Happy Anniversary ke-8 sayang…. Dengarkan @hotfm976 skrg…. @sitisarahraissuddin,” tulis Shuib.
View this post on InstagramA post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on
“Terima kasih sayang buat surprised.. hari ni anniversary yang ke-8, banyak dah tu.. jadi bila kita nak banyakan anak pula,” tanya Shuib berseloroh.
Untuk rekod, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ariq Matin, Dzakira Talita Zahra dan Uwais Al Qarni.
Video : IG Shuib
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Lagi Gelang Pink Ditangan Ku,”- Zulin Aziz Tamat Tempoh Kuarantin
Pelakon, Zulin Aziz memaklumkan dirinya kini telah tamat menjalani tempoh kuarantin.
Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkongsi khabar gembira itu menerusi akaun Instagram.
Di samping itu, Zulin ada menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatannya.
“Alhamdulillah, saya dibebaskan dari kuarantin. Tiada lagi gelang pink ditangan ku
“Maka dengan itu,di hari jumaat yg mulia ini..saya masak kari kepala ikan untuk …….anda tatap.
“Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan kami.Semoga kita semua terus dilindungi Allah swt.@cikzulinkedapur
#cikzulinkedapur,” tulisnya.
Sekadar informasi, Zulin menjalani tempoh kuarantin selepas mempunyai hubungan kontak rapat dengan pengacara Alif Satar di sebuah pengambaran drama.
Foto: Instagram Zulin Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Diharap Dapat Beri Manfaat,” – Ben Ali & Nadiyah Shahab, Suami Isteri Yang Tersenarai Antara Individu Paling Berjaya Di Malaysia
Pelakon dan usahawan, Ben Ali memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi selepas namanya dan juga isteri, Nadiyah Shahab diiktiraf antara individu paling berjaya di Malaysia anjuran sebuah syarikat penerbitan yang berpengkalan di United Kingdom, Britishpedia.
Menurut Ben, dia dan isteri berasa amat berbesar hati apabila diletakkan sebaris dengan nama-nama besar seperti Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, Tan Sri Tony Fernandes dan ramai lagi.
“Terima kasih kepada Britishpedia, syarikat penerbitan antarabangsa berpengkalan di United Kingdom yang telah mengiktiraf saya & isteri untuk berada sebuku bersama tokoh-tokoh hebat yang lain.
“Antaranya seperti Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Tan Sri Dr Noor Hisham, Tan Sri Tony Fernandes(Air Asia), Tan Sri Azman Hashim (Ambank), Micheal Yeoh dan ramai lagi.
“Ianya merupakan satu penghargaan terbesar bagi kami berdua yang baru setahun jagung di dalam dunia keusahawanan,” tulisnya.
Momen bersejarah itu dikongsikan oleh bekas peserta Hero Remaja 2011/12 itu menerusi akaun Instagram milinya.
Dalam pada itu, Ben turut mengakui penghargaan seperti ini sedikit sebanyak menaikkan lagi semangatnya untuk berkerja dengan lebih keras pada masa akan datang.
“Masih banyak lagi yang perlu kami pelajari & perbaiki. Penghargaan kecil ini sedikit sebanyak membuatkan kami lebih bersemangat untuk mendaki dan berbakti.
“Melalui perniagaan kami dibawah jenama @absolutchocolat @absolutfoodfest @absolutmanagement & di bawah syarikat Absolut Brands Sdn Bhd, diharap dapat memberi manfaat serta peluang untuk terus berkongsi rezeki. Doakan kami. Amin YRA,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut meluahkan rasa bangga melihat pencapaian membanggakan pasangan suami isteri itu.
Terdahulu, Ben dan Nadiyah telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 November 2019 di Singapura.
Sumber: Instagram Ben Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Seorang Anak Kampung Dari Kuala Kangsar,” – Uyaina Arshad Tak Pernah Terfikir Jadi Selebriti, Yakin Aturan Allah
Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mengakui dirinya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang hos mahupun sebagai pelakon, sebelum ini.
Kongsi Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, dia dahulu mengambil jurusan undang-undang di Universiti Malaya beberapa tahun lalu.
Namun, bintang berusia 28 tahun ini yakin percaturan yang ditentukan oleh Allah S.W.T ada hikmah disebaliknya.
“Saya adalah seorang anak kampung yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Tak pernah terfikir akan bekerja di hadapan kamera, satu frame dengan orang2 hebat dalam bidang pengacaraan & lakonan.
“Tapi saya yakin percaturan Allah itu indah. Mesti ada hikmah kenapa saya dibawa ke dalam bidang ni walaupun saya belajar jurusan lain masa dekat universiti dulu,” jelasnya.
Pelakon drama bersiri, Sara Sajeeda ini menitipkan nasihat buat remaja mengenai fasa pekerjaan yang akan ditempuhi.
“Buat adik2 yang baru dapat result UPU, mungkin ada yang suka & mungkin jugak ada yang tak suka dengan course yang adik2 dapat.
“Tapi jangan risau! Tak ada ilmu yang sia2. Dan tak salah pun untuk tak kerja dalam bidang yang kita belajar dulu.
“Yang penting, kita dapat berdikari sendiri, berbakti kepada orang tua & jadi orang yang berguna kepada masyarakat Ok? #UyainaArshad,” tulisnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by UA (@uyainaarshad) on
Dalam perkembangan lain, Uyaina bersama Fikry Ibrahim mengendalikan program realiti, Ratu Hijabista yang bersiaran setiap Rabu, jam 9.00 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Foto: Instagram Uyaina Arshad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI