Pengacara, Uyaina Arshad yang kini mengacarakan program popular Indonesia, Dangdut Akademi Asia 4 mengakui tersentak dengan komen juri yang menegur gaya pengacaraannya para Jumaat.
Menurut pihak juri, Uyaina sering ‘memotong’ percakapan mereka ketika sedang memberikan komen kepada paserta yang baru selesai membuat persembahan.
Perkara tersebut turut tidak disenangi juri daripada Malaysia, Mas Idayu yang turut memberikan komen pedas kepada pengacara tersebut.
Lantaran itu, diakhir racangan, pihak DAA4 mengumumkan akan menggugurkan Uyaina daripada mengacarakan program tersebut seterusnya dihantar pulang ke Malaysia.
Bagaimanapun, situasi terbabit hanyalah ‘prank’ sempena ulang tahun kelahiran Uyaina yang telah dirancang terlebih dahulu oleh pihak produksi dengan kerjasama para juri.
Menurut Uyaina, ini adalah prank hari lahir yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.
Ads
“Ini adalah birthday prank yang tidak akan Yana lupakan sampai bila-bila. Terima kasih kepada pihak Indosiar yang cukup Yana sayangi. Ibu Soimah Pancawati dan mummy Mas Idayu bawa watak ibu tiri menjadi sangat,” tulisnya.
Uyaina muncul pengacara Malaysia pertama mengemudi program realiti popular terbitan stesen televisyen (TV) Indonesia bersama tiga hos lain iaitu Irfan Hakim, Ramzi dan Gilang Dirga.
Foto: Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gelagat lucu Datuk Fazley Yaakob ketika berada di tingkat 11 sewaktu melawat rumah dan studio milik rakannya, Rauzan di Singapura menceriakan netizen.
Tidak disangka selebriti macho ini gayat orangnya.
Hanya berdiri menjauhi jendela dan cuba mengintai ke bawah, Fazley disergah Imran Ajmain. Reaksi terkejutnya mencuit hati jetizen.
“SAYA MEMANG GAYAT FAHAM TAK! Ni kerja Imran Ajmain dengan Rauzan Rahman lah ni! Saya buat lawatan ke rumah dan studio Rauzan, tapi Imran dan Rauzan dah plan nak sergah saya sambil saya tengok luar tingkap rumah Rauzan.
“TINGGI WOI! TINGKAT 11! MACAM NAK TERCABUT JANTUNG!
“Siap korang!! I’ll get you guys back! WATCH ME!!, tulisnya.
Penyanyi dan penyampai radio, Haiza mendedahkan dia akan sentiasa ingat akan pesan yang pernah disampaikan Allahyarham Datuk Nassier Wahab terhadap dirinya.
Sambil menghulurkan salam takziah, penyanyi Dag Dig Dug ini turut mendoakan rakan selebritinya itu yang telah pergi mengadap Illahi setahun lalu.
“Genap setahun pemergianmu bang, 5.12.2020.
“Segala kata nasihat sentiasa kekal dalam ingatan. Doaku sentiasa ada untukmu bang, Insya-Allah.
“Bahagialah di syurga Allah, DATO NASSIER WAHAB #legenda #gv2 #gegarvaganza2
#gv2015,” tulisnya pada satu posting di Instagram.
Allahyarham Nassier Wahab telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 5 Disember 2019 akibat ketumbuhan pada gusi.
Foto: Instagram Haiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bapa penerbit dan pelakon Sharifah Shahora, Syed Akil Syed Alwee meninggal dunia kira-kira jam 4 petang tadi.
Berita mengenai pemergiaan Allahyarham dimaklumkan Shahora menerusi hantaran di Instagram yang dikemas kini.
“Assalamualaikum, kepada kaum kerabat, sahabat handai yang mengenali abah saya Syed Akil Syed Alwee, beliau telah kembali kepadaNya pukul 4 ptg tadi di Shah Alam.
“Mungkin ada yg kami tak dapat bagitahu semua buat masa ini. Diharapkan dapat doakan Allahyarham abah saya di letak ditempat orang yang beriman,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkara sama turut dikongsikan Shahora di Insta Stories.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rakan selebriti dan peminat turut menitipkan al-Fatihah serta ucapan takziah atas pemergiaan arwah bapa tercinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Bo Ra disahkan telah bercerai dengan suaminya yang juga pengarah filem, Jo Ba Reun, kurang daripada setahun selepas mendirikan...