Pengacara, Uyaina Arshad yang kini mengacarakan program popular Indonesia, Dangdut Akademi Asia 4 mengakui tersentak dengan komen juri yang menegur gaya pengacaraannya para Jumaat.

Menurut pihak juri, Uyaina sering ‘memotong’ percakapan mereka ketika sedang memberikan komen kepada paserta yang baru selesai membuat persembahan.

Perkara tersebut turut tidak disenangi juri daripada Malaysia, Mas Idayu yang turut memberikan komen pedas kepada pengacara tersebut.

IKLAN

Lantaran itu, diakhir racangan, pihak DAA4 mengumumkan akan menggugurkan Uyaina daripada mengacarakan  program tersebut seterusnya dihantar pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun, situasi terbabit hanyalah ‘prank’ sempena ulang tahun kelahiran Uyaina yang telah dirancang terlebih dahulu oleh pihak produksi dengan kerjasama para juri.

IKLAN

Menurut Uyaina, ini adalah prank hari lahir yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.

IKLAN

“Ini adalah birthday prank yang tidak akan Yana lupakan sampai bila-bila. Terima kasih kepada pihak Indosiar yang cukup Yana sayangi. Ibu Soimah Pancawati dan mummy Mas Idayu bawa watak ibu tiri menjadi sangat,” tulisnya.

Uyaina muncul pengacara Malaysia pertama mengemudi program realiti popular terbitan stesen televisyen (TV) Indonesia bersama tiga hos lain iaitu Irfan Hakim, Ramzi dan Gilang Dirga.

Foto: Uyaina Arshad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI