Bintang rock legenda, Amy Search mencuri perhatian netizen apabila dengan selambanya menaiki vespa menuju ke program MAHA 2018 yang kini sedang rancang berlangsung.
Amy memuat naik video perjalanannya ke lokasi berkenaan di Instagram, awal hari ini.
“Caught in the act? on the way to,” tulis Amy sambil disusuli dengan tanda palang #Maha2018my #amysearch#phewiiit #bdkbakobatu #bdkjohor.
Dalam ramai yang memuji gaya sempoi penyanyi ini, ramai yang yang teruja melihat model vespa yang dibawa Amy. Jangan tidak tahu, vespa rona hitam yang ditunggang Amy bukan model calang-calang.
Ia merupakan model terhad dari hasil gabungan dua ikon jenama dunia, Vespa dan Emporio Armani yang bersatu menghasilkan sebuah vespa yang trendy dan hip!
Malah, Amy turut memberitahu model vespanya terhadap salah satu komen.
“@riangriangrimba Vespa Emporio Armani,” balasnya.
View this post on InstagramCaught in the act? on the way to #Maha2018my #amysearch #phewiiit #bdkbakobatu #bdkjohor
A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on
Khabarnya, vespa tersebut juga bernilai puluhan ribu ringgit, selain mempunyai beberapa ciri khas lain seperti tempat duduk tunggal yang disaluti kulit.
Malah, badan skuter ini dijuga dicat dalam rona hitam matte lengkap dengan panel LCD.
Foto: Instagram Amy Seacrh / carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rambut Gugur, Berminyak, Ulser Penuh Dalam Mulut,”- Elyana Dedah Kisah Selepas Jalani Radioterapi Di Live IG, Netizen Rasa Sayu
Meskipun dalam keadaan tidak sihat dan baru sahaja menjalani rawatan radioterapi baru-baru ini, namun penyanyi, Elyana masih boleh tersenyum dan kelihatan ceria.
Terbaru, Elyana ada berkongsi pengalamannya selepas menjalani rawatan menerusi Live Instagram di akaun media sosialnya itu.
“Selesai sahaja rawatan ini, mulut saya dipenuhi ulser dari bahagian dinding pipi sehinggalah ke tekak. Pada masa sama, saya susah nak makan dan minum,” katanya.
Jelas penyanyi berusia 31 tahun itu lagi, dia mengalami kesan sampingan disebabkan rawatan itu.
“Radioterapi itu sangat panas, jadi kulit saya terbakar, hitam, kusam dan rambut mulai gugur dan berminyak. Dinding pipi saya ni rasa macam ‘bergerigi’ dan macam pecah. Kebiasannya dinding pipi ni licin, tapi skrg saya rasa sangat berbeza,” katanya sambil menahan sakit.
Menerusi Live Instagramnya itu, Elyana mengenakan baju T-shirt putih dan memakai topi hitam untuk menutup bahagian rambut depannya (fringe) yang dianggap rimas.
Bagaimanapun, Elyana masih boleh tersenyum dan berterima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya. Semoga doa-doa ini jugalah kembali kepada anda, ada juga yang buat solat hajat, terima kasih banyak-banyak,” katanya terharu.
Video : Instagram Elyana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupa-Rupanya! Bela Hidupan Liar Sebagai Belaan, Uqasha Senrose, Siti Saleha dan Emma Maembong Antara Dibidas
Tular di laman Facebook apabila pemilik akaun Bam Arrogancia menyelar tindakan segelintir selebriti Malaysia yang menjadikan haiwan liar sebagai peliharaan.
Membariskan beberapa nama artis yang didakwa membela haiwan eksotik, akaun tersebut menulis, budaya popular ini dilihat seakan sudah sebati dalam masyarakat lalu menjejaskan kehidupan haiwan berkenaan.
Lebih menyedihkan, rata-rata haiwan liar ini menghisap jari kerana rindukan susu ibu yang telah dibunuh semata-mata ingin menangkap anaknya untuk dijual.
“Nak bagitau ni. Bukan Zarith Sofia sorang je ada bela wildlife sebagai haiwan peliharaan. Ramai lagi selebriti melakukan perkara yang sama.
“Ni bukti beberapa artis lain yang turut sama bela wildlife di rumah mereka.
“Dah bertahun-tahun dah pun culture selebriti bela wildlife ni. Wildlife yang mereka bela ada yang dah jadi gila sampai mengigit tangan sendiri kerana cara PENJAGAAN YANG SALAH.
“Ada juga yang mencabut bulu sendiri kerana HIDUP DALAM KEADAAN TERSEKSA TERLALU LAMA. Dan ADA JUGA YANG DAH MATI semasa di bawah jagaan mereka,” tulisnya.
Malah, penulis status berkenaan turut mendakwa andai haiwan tersebut mati, ada di antara mereka yang membeli seekor yang baru.
“Yang paling best, bila wildlife tu dah mati, dorang akan beli lagi baru. So bagi makan coklat dan tinggalkan kelaparan selama 2 minggu tu dah biasaaaa.
“Kenapa nak risau??? wildlife di Malaysia ni kan BANYAK LAGI. Yang Penting bila post kat social media mereka, dapat BANYAK LIKE dan semakin RAMAI orang nak jadikan WILDLIFE AS PETS.
#SelamatTinggalHidupanLiar di Malaysia. Tak lama lagi akan ada spesies yang menyusuli pemergian spesies arwah si Tam, badak sumatra jantan YANG TERAKHIR di Malaysia,” kongsinya panjang lebar.
Nak bagitau ni. Bukan Zarith Sofia sorang je ada bela wildlife sebagai haiwan peliharaan. Ramai lagi selebriti melakukan…
Posted by Bam Arrogancia on Wednesday, 12 June 2019
Malah dia turut menyelar tindakan selebriti yang tidak mempunyai ilmu penjagaan haiwan liar sehingga menyebabkan kematian.
Tambahnya, pemakanan dan corak kehidupan yang salah hanya menambah angka kematian.
Terkesan dengan perkongsian bermakna ini, netizen menyarankan agar laporan perlu dibuat kepada Jabatan Perhilitan agar nasib haiwan liar ini terbela.
Foto : Facebook Bam Arrogancia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Larangan Rokok Kepada Individu Yang Lahir Lepas 2005 Perlu Diperhalusi, Ada Langkah Lain Lebih Praktikal & Realistik?
Kerajaan ketika ini sedang dalam usaha merancang untuk mengharamkan produk tembakau terhadap generasi akan datang dengan melarang penjualan rokok dan produk tembakau kepada golongan yang dilahirkan selepas 2005.
Malah, akta baharu yang dikenali sebagai Akta Kawalan Tembakau dan Merokok juga akan diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menggantikan undang-undang kawalan tembakau sedia ada di bawah Akta Makanan 1983.
Ini bermakna golongan yang berusia 17 tahun hari ini tidak akan dapat membeli produk tersebut secara sah dari segi undang-undang apabila mereka mencapai umur tertentu untuk mula merokok pada tahun depan.
Menurut Menterinya, Khairy Jamaluddin, akta ini juga akan dikenali sebagai Generational End Game. Ia juga akan mengurangkan keterdedahan generasi akan datang terhadap rokok dan produk tembakau kerana pengambilannya adalah faktor utama kejadian kanser.
Namun begitu, timbul pula persoalan, sejauh manakah keberkesanan akta ini? Adakah ini sahaja jalan terbaik untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bebas asap rokok (smoke-free nation).
Mungkin terdapat beberapa aspek lain yang harus diambil kira sebelum kerajaan memutuskan untuk melaksakan akta ini. Sedar atau tidak, perlaksaan undang-undang ini secara tidak langsung akan merancakkan lagi aktiviti penyeludupan rokok haram pada masa akan datang.
Secara tidak langsung, aktiviti perdagangan rokok seludup bakal menjadi halangan terbesar di dalam melaksanakan larangan menyeluruh kepada rokok dan merokok.
Permasalahan ini juga akan menyukarkan lagi pihak berwajib untuk memantau dan mengawal aktiviti pemerdagangan melibatkan produk tembakau ini.
Lantaran itu, selain menguatkuasakan akta, kerajaan juga sebenarnya boleh mempertingkatkan lagi kesedaran menerusi strategi pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau atau ‘tobacco harm reduction’ (THR).
Kaedah ini sebenarnya kian popular di seluruh dunia dalam membantu menggalakkan perokok tegar untuk berhenti merokok melalui pengenalan produk alternatif bebas asap rokok yang kurang mudarat seperti rokok elektronik (vape), produk tembakau dipanaskan (heated tobacco product, HTP) dan pelekat nikotin.
Pendekatan ini sebenarnya dilihat lebih realistik berbanding dengan kaedah-kaedah yang lain buat masa ini.
Umum mengetahui, meminta para perokok tegar untuk berhenti merokok secara mengejut sememangnya satu permintaan yang agak sukar. Ketagihan ini sebenarnya memerlukan waktu dan proses yang betul sebelum tubuh mereka mampu mengadaptasi dengan perubahan.
Antara langkah awal yang boleh diaplikasikan adalah dengan mengamalkan produk alternatif bebas asap rokok. Selain meminimakan risiko penyakit, langkah ini sebenarnya mampu mengurangkan pembebasan asap berbahaya ke udara.
Memetik laporan Astro Awani, menerusi satu kajian yang dikendalikan oleh pakar kardiologi, Dr Konstantinos Farsalinos, biarpun formaldehid turut dibebaskan menerusi e-rokok, kadarnya jauh lebih rendah berbanding rokok tembakau.
Sementara itu, Pakar Perunding Respiratori Institut Perubatan Respitori Prof Datuk Dr Abdul Razak Mutallif menjelaskan kandungan nikotin yang rendah dalam e-rokok mungkin menjadi penyebab mereka yang beralih daripada rokok tembakau mendapati selera mereka mungkin bertambah.
Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA) seperti yang dilaporkan akahbar Utusan, 88 peratus daripada pengguna vape yang sebelumnya menghisap rokok, telah berjaya berhenti merokok.
Tinjauan sama juga mendapati 79 peratus yang kini menggunakan vape dan menghisap rokok biasa pada masa yang sama telah mengurangkan bilangan rokok yang dihisap sejak menggunakan vape.
Konklusinya, semua pihak harus memainkan peranan bagi memastikan misi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bebas asap rokok dapat dirialisasikan dan bukan hanya sekadar cakap kosong.
Sumber: Astro Awani & Utusan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI