[VIDEO] “Boleh Cakap Melayu Laa,”- Gelagat Shila Amzah Ajar Suami Cakap Bahasa Ibunda, Ini Reaksi Netizen

Share

Sering dihujani dengan kritikan netizen dek si suami kepada penyanyi Shila Amzah, Haris Idraki Elias yang kurang fasih berbahasa Melayu, Shila ada berkongsi video mereka berdua.

Bintang itu ada memuat naik sebuah Vlog di Youtube yang merakamkan Haris berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Video berdurasi 10 minit itu dapat dilihat Haris dan Shila yang sedang berbual dalam bahasa ibunda.

Haris yang juga bekerja dalam sektor kewangan di kota London dilihat agak kekok dalam penggunaan bahasa tersebut tetapi mencuba sebaiknya.

Lalu, netizen turut memuji kebolehan dan kesungguhan Haris berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Terdahulu, Haris pernah dikritik apabila menggunakan bahasa Inggeris ketika majlis lafaz akad nikah.

Dalam perkembangan lain, Shila kini sedang hamil cahaya mata hasil perkongsian bersama suami tercinta.

Foto/Video : Vlog Shila

Published by
Amynur Akmal