
Penyanyi, Ara Johari ada berkongsi video di akaun Instagrammya saat bermanja dengan kucing kesayangan.
Video tersebut memaparkan aksi Ara yang sedang ‘meluncur’ tangga dengan menggunakan bahagian pinggulnya sambil mengendong seekor kucing.
Lantas, aksi tersebut menyebabkan penyanyi lagu Paku itu telah mendapat teguran netizen.
Ini kerana, ada yang rasa bimbang tindakan itu hanya akan menjejaskan bahagian tulang dan otot dalaman, hingga menyentuh soal peranakan!
Amboi sampai tahap itu sekali rasa prihatin netizen kita ni.
Dalam perkembangan lain, Ara kini sedang giat berlatih bagi memastikan lagunya, Bunga dapat disampaikan dengan baik di Anugerah Juara Lagu ke-33, Februari depan.
Video : IG Ara Johari
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikmal Amry Timang Anak Kedua… “Isteri Selamat Lahirkan Bayi Lelaki.”

Tahniah diucapkan kepada pelakon Ikmal Amry dan isteri yang baru sahaja selamat menimang cahaya mata kedua pada Jumaat.
Ikmal, 29, bersyukur isterinya, Najla Shamsul selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
“Rahmat Ilahi. Syukur Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang berkah ini, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki.
“Terima kasih atas doa kalian. Semoga kita semua diberkati,” tulisnya menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram.
Menerusi hantaran sama, Ikmal dilihat sedang mendukung bayi lelakinya dan dipercayai sedang melaungkan azan di telinga anaknya.
Imbas kembali, Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali dan Najla, 25, mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cailie yang berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Turun 65 Peratus Bergantung Kepada Mesin,” – Kian Stabil, Abby Abadi Syukur Baby Danial Semakin Serasi Dengan Susu Badan

Berkongsi perkembangan terkini Baby Danial, Abby Abadi menerusi Instagram mengesahkan bayi pra-matangnya kini semakin stabil.
Lebih positif, anak bongsunya itu kini hanya bergantung 65 peratus kepada mesin bantuan pernafasan, berbanding 90 peratus sebelum ini.
Jelasnya lagi, bayi yang lahir pada usia kandungan enam bulan ini semakin kerap menyusu dan dia turut berterima kasih kepada Memey Suhaiza atas pengorbanannya menyediakan bekalan susu ibu buat si kecil.
“Tadi.. sebelum ke NICU, Hospital Sungai Buloh, nak jenguk Baby Muhammad Danial Firman utk sesi malam .. singgah rumah @normanhakim_786 & @memeysuhaiza ambil susu lagi. Sebab? Sebab susu kita tiap2 hari hantar pun tak cukup.. tak terkejar Baby Danial minum banyak skrg . TQ tau Mey, hanya ALLAH dpt membalasnya. TQ Oman juga sbb bg keizinan bg susu pada Baby Danial Sy.
“Hari ni hari ke 12, Syukur Alhamdullillah. Dalam pada hati tak berhenti menangis teringatkan keadaan kesihatan Baby Danial yg turun naik, siang tadi pergi melawat dia, terubat sikit hati bila tahu Baby Danial buleh tolerate dgn susu badan & pembuangan pun lancar. Dan hari ni pernafasannya nmpk mcm stabil sikit..dah turun 65% bergantung pada mesin (smlm 90% guna mesin) Sy & suami baca sendiri sbb takut nk bersembang dgn Doc)” kongsinya.
Bekas kumpulan Elite ini turut meluahkan penghargaan kepada staf hospital atas tanggungjawab menjaga anak kecilnya dengan penuh kasih sayang.
“Sempat sembang dgn beberapa org staff nurse je tadi. Baby Danial pun nampak terjaga baik. Walaupun Sy tahu, nurse dalam tu sibuk, dorang tak sempat nk belai Baby Sy, tp Saya yakin ramai yg mengambil tanggungjawab nakkan yg terbaik utk Baby2 yg ada disitu termasuklah Baby Danial kami. Tak belai pun takpelah.
“Tolong beri perhatian yg sewajarnya pun dah cukup baik utk Baby2 kami terus bertahan,” tulisnya lagi.
Dia turut berharap agar Allah terus memberikan anaknya kekuatan untuk membesar dengan sempurna.
“Semoga ALLAH terus kuatkan Baby Danial & Baby Danial dpt membesar dgn jayanya ye sayang. Mama Abah Abang Kakak semua sayang sangat kat Danial dunia akhirat. Tak sabar nk peluk cium Danial sayanggggg. Skrg tak bulehhh.
“Ps: Kawan2 tau tak kat mana nk beli terus mamypoko premie mcm gmbr kedua tu? Sy dah order online lambat pulak sampainya. Skrg tengah pinjam org punya. Nak ganti balik tp dah order, dah bayar dia tak jawab2 lagi.. stok nk habisss ni.
“Tolong info please kt mana nk beli terus. Terima Kasih & teruss terusan doakan Baby Danial Sy ye. Hanya ALLAH dpt balas jasa baik kalian dunia akhirat,” kongsi Abby.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Dia terpaksa melahirkan bayinya dalam proses pembedahan selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.
Kira-kira dua tahun lalu, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mengambil dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Foto : Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mawar Rashid Dah Padam Foto ‘Free Hair’…

Pelakon Mawar Rashid memadam foto yang merakamkan dirinya yang tidak mengenakan tudung di laman Instagram pada 9 Oktober lalu.
Malah, usahawan kosmetik ini juga dilihat kembali berkongsi gambar lama dirinya yang sopan berhijab sewaktu menyambut ulang tahun kelahirannya bersama suami, Raf Yaakob.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memberikan semangat selain memuji tindakan yang dilakukan Mawar.
Terdahulu, Mawar Rashid memuat naik dua keping foto dia tidak lagi berhijab selain akui cuba untuk istiqamah namun tidak berjaya.
Mawar bagaimanapun menerusi Insta stories turut memberitahu dia masih berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Allah.
Dia turut memohon maaf kepada semua pihak yang kecewa dengan keputusannya dan meminta semua orang mendoakan yang terbaik dalam usaha memperbaiki diri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI