Pelakon Noor Khiriah baru sahaja menerima kejutan hari jadinya yang ke-43 tahun hari ini.
Video gembira itu dikongsikan pelakon drama Nur 2 di Instagramnya sebentar tadi.
“Apa perasaan korg bila buka2 je pintu..Mak depan muka….akak dgn tudung main sarung je mcm kera kena belacan weh..Koi ingat housekeeping..marah gaklah pasai main bell tak benti..sekali bukak..Mak depan pintu..Mak gelak sampai nak terkencing…
“Allah..adik2 plan dgn suami..wat kejutan..hantus betuiilaaa korang..bila masa korg plan weiii..kaklong ilah pun ada…sampai terkejut anak koi…hadeh..tudung pun sangkut kat idung..tak sempat mende weh..mkasih Mak @norainisadan@noorzue @munirahahmadshapie@mazilahamani..malam kang kita jimba2 yerrr. Hadiah paling bermakna bagi akak…Terima Kasih Allah..Terima Kasih Cik Suami,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on
Video tersebut melihatkan reaksi terkejut Khiriah apabila ibunya, Noraini Sadan, suami dan adik-beradiknya turut sama memberi kejutan di depan pintu.
Dalam pada itu, Khiriah juga berterima kasih kepada ibunya yang telah melahirkannya.
Lalu, netizen turut menitip ucapan hari jadi buat Khiriah.
Apa-apa pun, MH mengucapkan selamat hari jadi buat Khiriah!
Video : IG Khiriah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nilai Persahabatan, Haiza Sentiasa Kenang Arwah Nassier Wahab – “Genap Setahun Pemergianmu Bang.”
Penyanyi dan penyampai radio, Haiza mendedahkan dia akan sentiasa ingat akan pesan yang pernah disampaikan Allahyarham Datuk Nassier Wahab terhadap dirinya.
Sambil menghulurkan salam takziah, penyanyi Dag Dig Dug ini turut mendoakan rakan selebritinya itu yang telah pergi mengadap Illahi setahun lalu.
“Genap setahun pemergianmu bang, 5.12.2020.
“Segala kata nasihat sentiasa kekal dalam ingatan. Doaku sentiasa ada untukmu bang, Insya-Allah.
“Bahagialah di syurga Allah, DATO NASSIER WAHAB #legenda #gv2 #gegarvaganza2
#gv2015,” tulisnya pada satu posting di Instagram.
Allahyarham Nassier Wahab telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 5 Disember 2019 akibat ketumbuhan pada gusi.
Foto: Instagram Haiza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Membesar Dengan Mereka,”- Zakiah Anas, Fuad Abdul Rahman & Zainal Ariffin Akan Muncul di Buletin Utama, Netizen Tak Sabar!
Sebentar tadi, akaun Instagram program berita nombor satu negara, Buletin TV3 mengumumkan mereka bakal mengundang semula penyampai-penyampai berita lagenda tanah air untuk kembali bersiaran bermula 26 Mei hingga 1 Jun ini.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan itu, kesemua nama-nama besar ini dijemput semula sebagai penyampai berita bagi menjayakan sebuah projek istimewa bersempena ulang tahun TV3 yang ke-38.
“Anda mengenali wajah-wajah ini?
“Penyampai berita legenda akan kembali bersiaran dalam Buletin Utama, setiap hari dari 26 Mei sehingga 1 Jun 2022 sempena Ulang Tahun TV3 ke-38.
“Nantikan kemunculan mereka!,” tulis pengendali akaun tersebut.
Antara wajah-wajah penyampai berita yang dikongsikan di dalam poster adalah seperti Zakiah Anas, Fuad Abdul Rahman, Zainal Ariffin, Nurfarahin Jamsari, Azmi Aziz, Ezzah Aziz Fawzy dan Azura Karim.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja selain turut mengimbau kembali momen-momen sewaktu zaman kegemilangan penyampai-peyampai berita ini
“Lagenda TV3. Membesar dengan diorang ni.
“Menggamit kenangan zaman 90-an.
“Rindu nak dengar lunak suara mereka.
“Semua best. Sebab hari-hari abah dok tengok Buletin Utama TV3.
“Wah, tak sabar nak tengok ni. Membesar dengan tengok berita dari mereka semua. Love sangat.
“Welcome back senior,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, stesen televisyen, TV3 bakal menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-38 pada tanggal 1 Jun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram TV3 & Zakiah Anas
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ia Mengenai Isu Keluarga Dan.. ,” – Nikah Di Australia, Raja Ilya Ada Sebab Tersendiri, Dedah Kos Kahwin Bernilai Sekitar RM10 Juta
Tidak mahu netizen terus berteka-teki, Raja Ilya menjelaskan pernikahan di Perth Australia lebih sembilan bulan lalu adalah melibatkan soal peribadi.
Tegasnya, bukan mudah buat keluarga pihak lelaki untuk menerima status baru suaminya.
View this post on InstagramA post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
“Dipendekkan cerita ia mengenai isu keluarga dan atas sebab itu kami mengambil keputusan berkahwin di Australia.
“Tidak semua orang boleh menerima apabila seseorang itu menukar agama dan tidak semua yang bersetuju.
“Ia melibatkan keluarga di sebelah suami saya,” jelasnya ketika ditemui di majlis resepsi pasangan ini di Star Avenue Lifestyle Mall, pada Khamis.
View this post on InstagramA post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
Ulas pelakon Appalam ini lagi, kelewatan majlis resepsi yang berselang kira-kira sembilan bulan selepas akad nikah adalah disebabkan kekangan masa.
Malah, kelewatan tersebut juga bukanlah disebabkan oleh isu tajaan sebagaimana yang diperkatakan sebelum ini.
“Kami mengambil masa sembilan bulan untuk adakan resepsi kerana tekanan masa. Saya sangat sibuk dengan jadual lakonan dan hanya ini sahaja masa yang ada.
“Saya juga mengambil masa dalam usaha untuk kuruskan badan sempena resepsi, saya mahukan yang terbaik untuk momen bersejarah ini.
“Mengenai isu tajaan seperti yang ditanya, saya tidak tahu menahu mengenai hal itu.
“Perkara tersebut tular dalam sehari dan selepas itu saya tidak tahu akan apa perkembangannya dan kami tiada kerjasama dengan mana-mana pihak mengenai bulan madu,” jelasnya lagi kepada MH.
View this post on InstagramA post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
Sementara itu, Raja Ilya yang tampil bak Cinderella pada majlis resepsi turut berkongsi jumlah tajaan kira-kira RM10 juta.
Ia termasuk dua majlis yang dilangsungkan di Kuala Lumpur dan terang Ilya, dia sendiri tidak menyangka ramai pihak yang tampil menyatakan kesudian untuk bekerjasama.
“Saya sendiri baru tahu jumlah sebenar kedua-dua majlis adalah sekitar RM10 juta.
“Jujurnya, ini pertama kali dalam hidup saya mendapat tajaan sebanyak ini. Terima kasih buat semua yang sudi menaja majlis resepsi dan berinai kami.
“Saya sendiri terharu menerima banyak tajaan dan ini pertama kali dalam hidup,” tuturnya mendedahkan perhiasan Habib Jewel yang dipakai bernilai RM2.2 juta.
Pada masa sama, aktres berusia 34 tahun ini turut mengakui belum terfikir soal anak memandangkan fokusnya kini lebih terarah kepada kerjaya dan suami terlebih dahulu.
“Kami percaya pada rezeki, cuma masa ini kami tiada perancangan lagi. Ditambah dengan susunan jadual yang sangat padat.
View this post on InstagramA post shared by Raja Ilya (@rajailya) on
“Lagipun kami ada juga mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan yang sudah pun mempunyai anak,” katanya yang akan berbulan madu di Langkawi bersama kedua-dua belah keluarga selepas ini.
Ilya dan Trent Garrett berkahwin pada 23 Disember lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.
Pasangan itu telah berkenalan sejak enam tahun lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI