
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri telah berkongsi sepotong video di Instagram yang merakamkan gelagatnya sedang menunggang motorsikal berkuasa tinggi.
Difahamkan motorsikal tersebut milik rakannya, Coach Yin yang merupakan teman kepada Sajat.
“Jom saya ajar korg bawak motor besar .. Tag siapa punya motor besar mcm ni @coach_yin,” tulis Aliff.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Dapat dilihat, penyanyi Abang Nak Tegur itu agak kekok menunggang motorsikal Harley Davidson, mungkin kerana jubah yang dipakai.
Lalu, netizen terhibur dengan gayanya itu.
Video : IG Aliff Syukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebab Tu Jangan Tanya Kerajaan Bila Nak Habis PKP,” – Jalan Raya Masih Sesak, Netizen Degil Beri Kesan Kepada Semua… Iesya Toh Luah Amarah!

Pengacara Iesya Toh berkongsi beberapa keping foto negara luar sewaktu sekatan dilakukan untuk menghalang penyebaran wabak Covid-19 dan rata-ratanya lengang dan sunyi daripada kesesakan jalan raya.
Walau bagaimanapun ia berbeza dengan Malaysia di mana jumlah kenderaan dilihat seperti nornal dan ramai juga rakyat masih mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sebab tu jgn tanya kerajaan bila nak abis PKP! .
“Klu kite patuh, displin, usaha ikut arahan. Pasti Allah akan bantu kite utk banteras wabak ini! .
“Tgk beza di Malaysia!! Jgn kata lain laaaa.. tu yg suka buat kontroversi sana sini, cubit anak angkat utk raih simpati, slumber je Upload bjalan lebih 10km bersama family! .
“SubhanaAllah!! Korang yg degil, kite yg patuh arahan terkesannnnn!! KAMI JUGA RINDU FAMILY! RINDU UMI! RINDU ADIK2. rinduuuuuuuu,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on
Menurut kenyataan akhbar, seramai 1,096 individu di Johor ditahan susulan ingkar arahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac hingga semalam di mana 655 individu telah didakwa di mahkamah.
Foto : Instagram Iesya Toh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Pernah Termimpi Walau Tidaklah Sehebat Mana, Tapi…,” – Beli Honda Civic RS, Afieq Shazwan Syukur Nikmat Hargai Ibu

Penyanyi Afieq Shazwan menyatakan rasa syukur apabila berjaya memiliki kereta baru jenis Honda Civic RS, baru-baru ini.
Menerusi Instagram, bintang berusia 24 tahun itu teruja kerana sekurang-kurangnya, kereta yang baru dimilikinya itu buat keselesaan ibu tersayang.
“Syukur Alhamdulillah Ya Allah atas rezekiMu yang tak terhingga, tak pernah termimpi walaupun tidaklah sehebat mana, tapi cukup memadai untuk Afieq bersama mama.
“Usaha, sabar, dan tawaqqal. Alhamdulillah Allah makbulkan jugak. Walaupun berbagai ujian tempuh sama-sama, akhirnya bahagia pun kecapi bersama,” tulisnya.
Penyanyi lagu Resah Kerinduan ini turut menitipkan dedikasi buat ibunya.
“Thank you mama, sentiasa ada di sisi dalam susah dan senang walaupun pernah rasa give up tapi mama lah penaik semangat Afieq.
“InsyaAllah more to come. Thank you semua yang sentiasa mendoakan afieq dengan mama. Semoga mama sentiasa sihat dapat tengok Apit kawin pulak,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Teka-Teki Terjawab,”- Naluri Nadya Syahera Tepat, Dedah Suami Curang Dengan Gadis Kelantan?

Pelakon, Nadya Syahera ada berkongsi cerita apabila hubungan rumah tangganya dengan Fizul Nawi mulai goyah.
Kongsi pelakon drama bersiri Dia Semanis Honey ini juga, dia mendapati bukti kecurangan apabila suaminya itu bergambar bersama seorang gadis dari Kelantan.
Menurut laporan MHE TV, Nadya mendedahkan bahawa perkara itu terjadi seminggu sebelum sambutan Aidilfitri.
“Sebenarnya, hal ini baru saja dapat dibongkar kira-kira seminggu sebelum sambutan Aidilfitri yang lalu walaupun kecurigaan saya terhadapnya sudah dirasakan lebih awal.
“Naluri isteri, jujurnya saya mencurigainya sejak dia bekerja di luar kawasan iaitu di Kelantan yang juga merupakan kampung halamannya.
“Hampir sebulan dia di sana kononnya atas urusan kerja semata-mata dan langsung tidak balik ke rumah kami di Shah Alam untuk menjenguk saya serta anak-anak.
“Akhirnya, teka-teki yang selama ini bermain di benak fikiran terjawab selepas melihat beberapa keping gambar yang membuktikannya bermain kayu tiga,”katanya.
Difahamkan gadis terbabit adalah adik kepada pengasas produk kosmetik terkenal yang beroperasi di negeri Pantai Timur itu.
“Bahkan, hubungan kedua-duanya bermula setelah gadis berkenaan datang ke premis restorannya sebagai seorang pelanggan.
“Apapun yang berlaku, saya akan berusaha untuk pertahankan perkahwinan ini dan belum terdetik untuk meminta cerai waima tak dapat dinafikan betapa kecewanya saya atas perbuatan dilakukannya,” ujarnya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 September 2015 dan ia merupakan perkahwinan kedua buat Fizul setelah gagal mempertahankan rumah tangga pertama.
Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan yang masing-masing berusia dua dan satu tahun.
Sumber : MHETV
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI