Si cilik Siti Aafiyah merupakan penyeri buat penyanyi DS Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Muhammad Jiwa dalam sebuah keluarga.
Baru-baru ini, Ibunya, ada merakam gelagat Aafiyah yang asyik merangkak di perkarangan Masjid Sheikh Zayed,Dubai.
https://www.instagram.com/ctdk/p/Br9WVX0Bpkm/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1fom0e5vdbir8
Video tersebut mendapat hampir setengah juta tontonan yang dikongsikan penyanyi lagu Anta Permana itu beberapa jam lalu.
Lalu, netizen memberikan komen yang pelbagai terhadap aksi comel Aafiyah
Tambah comel, rambut bayi berusia sembilan itu diiikat ‘dua’ dan kelihatan sangat riang merangkak di tempat lapang itu.
Dalam perkembangan lain, TokTi sekeluarga kini berada di Dubai untuk menikmati percutian bersama disana. Selamat bercuti!
Video: Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Dapat Buat Pembedahan Kerana Tinggi Risiko,” – Dilahirkan Sumbing & Buta, Abby Fana Mohon Doa Semua
Tiada kata dapat diungkapkan melihat penderitaan yang dialami bayi berusia setahun tiga bulan, Syifa yang mengalami komplikasi kesihatan Hydrocephalus (kondisi penumpukan cairan di dalam otak).
Malah, bayi ini turut sumbing dan buta sewaktu dilahirkan.
Penyampai radio, Abby Fana menerusi ruangan kapsyen di Instsgram menyatakan pernah melawat adik Syifa Ramadan tahun lalu, namun perkembangan terkini bayi kecil ini cukup menyayat hati.
“Menginsafi & Mensyukuri
“Baby Syifa dilahirkan dgn komplikasi kesihatan; hydrocephalus, sumbing & buta. Pertama kali k.bed & geng biro kebajikan ukhwah muslimat putra heights @umph menziarahinya ialah pd Ramadan 2018 (gambar 1 & 2).
“Ahad lepas kami berpeluang menziarahinya kembali…lihat gambar 3…kondisi terkini Syifa ?
K.bed ckp pada ibunya Pn.Safiah…Inilah Syurga awak, ada di depan mata…terus mata kami berkaca.
“Difahamkan doc tidak dpt buat pembedahan krn terlalu tinggi risiko…
Mohon doa utk Syifa yg kini berusia 1 tahun 3 bulan ya,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by abby fana official (@abbyfana) on
MH doakan agar keluarga Syifa dipermudahkan urusan dan diringankan beban.
Semoga doa rakyat Malaysia di bulan Ramadan diangkat ke langit dan diperkenankan.
Foto : Instagram Abby Fana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Terus Layak Jadi Penyampai Berita, Sedangkan Saya Berpeluh Comot,” – Zakiah Anas Imbau Zaman Awal Kenal Aznil Nawawi
Pegacara dan bekas peyampai berita, Zakiah Anas mengenang kembali detik-detik awal perkenalannya bersama sahabat baik yang juga merupakan pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi.
Menurut Zakiah, mereka yang pada ketika itu berhasrat ingin menjadi wartawan penyiaran telah dipertemukan di bilik berita, TV3 lebih tiga dekad yang lalu.
Katanya lagi, Aznil sememangnya seorang yang berbakat besar sejak daripada awal kemunculannya di dalam industri penyiaran.
“Berbangga sangat dengan sahabat yang sorang ni. The one and only @aznilnawawihm. Kami sama-sama bermula 31 tahun lalu di Bilik Berita TV3 Jalan Liku Bangsar.
“Sama-sama bertatih nk jadi wartawan penyiaran bersama tujuh orang lagi rakan satu batch. Dia terus layak menjadi pembaca berita, sedangkan saya berpeluh-peluh comot jadi wartawan,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program 999 itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Zakiah turut menambah, meskipun tidak lagi bergelar penyampai berita pada waktu itu, namun, dia tetap berbangga melihat perjalanan Aznil di dalam industri hiburan tanah air.
“Namun selepas itu bakatnya lebih terserlah dan cemerlang di bidang hiburan. Saya terus di bilik berita dan rezeki juga lepas tu dipilih sebagai penyampai berita. Alhamdulillah
“Dan dia terus gilang mencipta nama dengan pelbagai kejayaan dikecapi serta anugerah diraih dan yang terbaru ‘Anugerah Khas MELETOP’. Nil you are completely amazing,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Zakiah baru sahaja menbuat kemunculan semula di program berita, Buletin Utama TV3 selaku penyampai berita ‘lagenda’ bersempena ulang tahun kelahiran TV3 yang ke-38.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zakiah Anas
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pihak produksi Tanya, Sanggup Atau Tidak Untuk Potong Rambut, Saya Terus Kata Ya”, – Ayda Jebat
“Rasa gembira kerana ini kali pertama saya potong rambut pendek.” Itu kata pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat yang mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan imej rambut pendek sejak dua hari lalu.
Ayda, 27, tampil berambut pendek demi memenuhi karektor wataknya sebagai Johana menerusi drama bersiri Bukan Gadis Biasa yang turut menampilkan aktor Remy Ishak sebagai pasangannya.
“Ya, saya sanggup lakukan kerana suka dengan karektor baru yang ditawarkan. Saya mahu nampakkan watak Johana itu sebagai sesuatu yang lebih realistik.
“Sebelum ini menerusi watak lain, saya pernah gunakan rambut palsu. Akan tetapi untuk watak ini, ia akan ada beberapa aksi lasak, jadi lebih praktikal dan rasanya perlu untuk saya potong rambut terus,” kepada MH.
Ditanya apakah reaksi pertama apabila berambut pendek pabila melihat diri-sendiri di hadapan cermin, Ayda akui teruja dengan penampilan terkininya itu.
“Bila pertama kali tengok wajah sendiri depan cermin, rasa teruja. Ia tidaklah terlalu teruk. Perasaan dia lebih kerana ‘wow… handsomenya’, macam tu. Orang kata rambut panjang cantik, rambut pendek ‘handsome,'” seloroh Ayda lagi.
“Apa pun, saya kena terima dan perlu cara keserasian dengan penampilan terbaru ini. Saya memang kena rambut pendek demi watak dan kena terima ia seadanya.
“Malah, watak Johanalah jugalah yang buatkan saya ambil keputusan tanpa fikir panjang. Pihak produksi ada tanya, sanggup atau tidak untuk potong rambut, saya terus kata ‘ya’.
“Jujurnya ia bukanlah kerana tuntutan watak ini semata-mata, tetapi juga saya mahu cabar diri sendiri. Mungkin selepas ini akan ada lebih cabaran atau komitmen lain yang perlu dikorbankan demi memenuhi karektor sesebuah watak.
“Kiranya ini antara perkara yang perlu diambil seorang pelakon. Kita kena cuba segala perubahan dalam hal berkaitan fizikal.
“Misalnya perlu tambahkan berat badan dan sebagainya,” jelas Ayda yang telah pun memulakan penggambaran Bukan Gadis Biasa bermula hari ini dan dijangka tamat Februari depan.
View this post on InstagramA post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on
Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI