Penyanyi tersohor, Datuk Sri Siti Nurhaliza terhibur apabila pelawak Achey menyanyikan lagu Anta Permana untuk anaknnya, Tiara Zinnirah.
Siti atau mesra dengan panggilan TokTi telah ‘repost’ video yang dimuat naik Achey di Instagramnya apabila menyanyikan lagu tersebut dengan lawak spontan dengan eksprasi wajahnya yang menghiburkan itu.
“Hehehehe… comelnya la hai..nasib baby tak sahut .. tq abg achey sporting sangat .. anta pi mana pun boleh !! ?? #Repost @acheykintangkintung,” tulisnya.
Lalu, netizen turut terhibur dengan video yang mencecah hampir 200,000 itu.
Amboi! Kalau dah namanya pelawak, tengok mimik muka pun dah kelakar kan?
Video : Instagram Siti Nurhaliza