MH pasti ramai di antara korang yang suka melihat keluarga pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang begitu romantik dan dilihat begitu bahagia bersama anak-anak.
Aeril dan Wawa juga sering usik mengusik antara satu sama lain dan itu membuatkan hubungan mereka sering mendapat perhatian daripada peminat.
Baru-baru ini, MH tertarik dengan sebuah video yang dikongsi oleh Aeril dan dalam video tersebut telah merakamkan dirinya mengusik anak perempuannya.
“Ada orang malu bila kita tengok dia……. kena tengok sampai habis…Ada suara makcik bawang …,” tulisnya.
Alahai comel betul lah anak Aeril malu sampai tutup muka bila kena pandang dengan ayah dia. MH pun turut tersenyum melihat kemesraan di antara ayah dan anak ini.
Malah bukan sahaja MH yang merasakan anak Aeril ini comel, rata-rata peminat dan pengikut pelakon ini di Instagram juga turut memuji kecomelannya dan ada juga yang memberikan kata-kata doa yang baik-baik buat Aeril sekeluarga.
nadhirah071: Ya Allahhh tolong la comel sangattttt? malu hayla crush till jannah dia tenung dia ??
mustakim_b._suratman.mbsuratam: Seronok yaa kalau ada anak kecil.Bolih bergurau-senda dengannya.
sulailamahmud1994: Cmel ye dia mashaallah cmel sngt2 la..so cute..mcm mama dia mata tu yg blh thn tu cmel sngt la?????❤❤❤❤
ayul.alice: Alahai untungnya wawa sbb dpt family yg bhgia hope bhgia smpai jannah
MH juga doakan agar kebahagiaan dan kemesraan antara mereka berkekalan sehingga ke syurga.
Sumber: Instagram Aeril Zafrel