“Saya pun dah move on,” itu penjelasan dari Zamani apabila ada pihak yang masih canang video temu bual lamanya. Menerusi temu bual berkenaan, penyanyi Gerimis Mengundang itu ada ditanya mengenai kisah cintanya bersama Penyanyi Nombor Satu Negara.
Jelas peserta program gegar Vaganza 5 (GV5) itu tidak mahu isu tersebut berpanjangan dan enggan melukakan hati mana-mana pihak, memandangkan perkara itu sudah lama berlalu.
Zamani berkata demikian ketika ditemui selepas membuat persembahan di pentas GV pada Ahad.
Pada masa sama, Zamani mengakui kita perlu menghormati perasaan individu terbabit yang kini sudah berkeluarga.
“Cukuplah cerita seperti ini… Kita kena hormat dan jaga perasaan individu terbabit. Ini kerana dia sudah pun berkeluarga.
“Saya sudah lama melupakan perkara itu dan sudah menjalani kehidupan baru.
“Mungkin orang yang tularkan video itu berniat membantu saya dari segi promosi memandangkan saya menyertai program realiti,” katanya kepada MH.
Menjawab tenang dan bersikap profesional, Zamani memohon agar pihak menghentikan cakap-cakap mengenai video berkaitan.
“Saya tak perlukan publisiti begitu untuk throwback cerita-cerita lama. Saya harap sangat-sangat hentikanlah viral video macam itu,” tegasnya.
Ikuti temu bual bersama Zamani di live FB MH dengan lebih lanjut.
https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/671752666553521/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terlepas Hukuman Gantung, Ini Reaksi Yasin Sulaiman; “Alhamdulillah, Saya…”
Syukur, demikian reaksi penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman selepas Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja, pada Rabu.
Memetik Sinar Harian, Yasin berkata, keputusan itu merupakan satu perkembangan positif bagi dirinya.
“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.
“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.
Sementara itu, abang Yasin, Zain Sulaiman,50, berkata, mereka sekeluarga bersyukur dengan keputusan Mahkamah Majistret hari ini biarpun adiknya itu tidak dapat beraya bersama pada Aidiladha nanti.
“Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun Alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yassin hadapi ini.
“Saya harap rakan-rakan, teman akan terus mendoakan untuk Yasin,” katanya.
Pada Rabu, penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram, Mac lalu.
Bagaimanapun dia dituduh atas kesalahan miliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Sinar Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Duit Datang Dari Mana?” – Cuti Bekerja, Dr Say Jaga Orang Rumah Berpantang
Kerjaya sebagai doktor bebas memberi kebebasan buatnya mengatur waktu bekerja.
Malah, Dr Say Shazril memberitahu, dia nekad bercuti selama dua bulan bagi menjaga isteri berpantang kerana tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapanya.
Tambah model ikan dan bintang Insta ini lagi, mereka tidak perlu pembantu kerana semuanya boleh dilakukan sendiri.
“Topik : Pengakhiran 2 Bulan Paternity Leave Ku
“D beauty of working as a freelance doctor ialah kami boleh atur sendiri bila kami nk kerja & bila kami nak rehat. Memandangkan ni anak pertama & sy xnk sshkn parents sy atau mertua, maka sy decide tuk jaga bini & baby spnjng 2 bulan bini cuti bersalin bermula 1.5.2019 aritu. Awat xamik helper? Bg sy xperlu lagi sb anak baru sorg, rumah xmahligai mana & paling penting kebebasan + privacy buat kami.”
Doktor viral ini juga berkongsi tips bagaimana merancang kewangan agar dia tidak perlu menanggung beban sepanjang dua bulan tidak bekerja.
“Sy tau mst ada yg curious “duit dtg dari mana?”. 1st of all sy xdak mak mahupun bapak ayam cuma sebelum bini cuti bersalin sy bersungguh2 buat freelance doctor dari pagi sampai ke malam spy cukup keewangan tuk tanggung bini bersalin, keperluan baby & perjelaskan loan umah + kete tuk 2 bulan. All it takes is just PLANNING.
“Awai2 mmg sy resah sb kos operation bini buat budget sy lari tp lepas kelahiran baby Alhamdullilah jobs yg masuk menghilangkan keresahan sy. Betul kata kalian, rezeki baby tu serius LUAS.
“Tp xsemua indah, sepanjang 2bln ni sy rasa kurang progression pd diri sy sb yelah almost hari2 duduk rumah xdpt ke mane sgt sb baby baru lahir perlu extra care & attention. Dlm erti kata lain, sy dpt rasekan manliness sy sedikit berkurangan sb raseny mmg lumrah seorg lelaki kena kluar cari rezeki, so bila duduk rumah lama2 pishang gila uiii. Maka arini masa tuk kembali beraksi berjumpa pesakit kembali. Yezzza masa tuk olaa peeps kt klinik!” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Netizen memuji tindakan doktor ini yang sentiasa memberi sokongan dan penghargaan buat isteri tercinta.
Foto : Instagram Dr Say
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Siapa Lagi Yang Nak Bantu Untuk Hebahkan Kalau Bukan Selebriti,” – Hafiz Hamidun
Komposer dan penyanyi, Hafiz Hamidun yang dilantik sebagai duta bagi program Raikan Ramadan anjuran Yayasan Maghfirah menyambut baik kesudian rakan selebriti yang secara suka rela tampil turun padang untuk terlibat di dalam mana-mana program amal bersempena Ramadan.
Menurut Hafiz, golongan ini perlu tahu menggunakan platform media sosial mereka dalam hal yang baik yang boleh menyumbang sesuatu kepada orang di luar sana.
“Masyarakat pandang selebriti ini sebagai satu daya penarik untuk mempromosi sesebuah majlis dan kita tahu menjelang bulan Ramadan lazimnya banyak program amal.
“Jadi bagi saya, siapa lagi yang nak membantu untuk hebahkan kalau bukan golongan selebriti.
“Sebenarnya, kita menggunakan apa yang ada daripada segi platform di sosial media. Bukanlah nak kata kami datang ke program sebagai seorang selebriti semata-mata.
“Tetapi lebih kepada untuk menyantuni golongan yang menyokong kerjaya kita selama ini,” katanya yang turut berbesar hati apabila rakan artis, Syatilla Melvin turut sama mengikuti sesi agihan yang dilakukan yayasan terbabit di Dataran PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berkongsikan pengalaman, Hafiz yang sebelum ini pernah terlibat di dalam program sama sejak tahun lalu menjelaskan, ada di antara penerima yang benar-benar memerlukan.
“Ada di antara mereka merupakan ibu tunggal yang mempunyai anak ramai tetapi perlu keluar bekerja. Bila pagi keluar bekerja dan petang baru pulang, anak-anak akan makan apa sahaja yang dimasak ibunya ketika bersahur. Sampai macam tu sekali.
“Kita bukan mahu menyalahkan sesiapa, tetapi rupanya masih ada golongan miskin bandar. Saya rasa tidak ramai yang melihat mereka sebagai satu prospek yang perlu kita bantu,” katanya lagi.
Terdahulu, Yayasan Maghfirah mengambil inisiatif menyerahkan bantuan berupa agihan pek bekalan makanan kepada golongan memerlukan dan juga berpendapatan rendah di beberapa lokasi di seluruh ibu kota.
Pengurus Besar Yayasan Maghfirah, Aulia Rahman Zulkarnain berkata, projek ini merupakan antara usaha mereka untuk menyantuni masyarakat PPR khususnya golongan asnaf yang tergolong dalam kelompok miskin bandar.
“Miskin bandar merupakan fokus utama Yayasan Maghfirahkerana kita dapati kebanyakan masalah sosial lahir daripada komuniti yang mendiami kos perumahan rendah.
“Menjadi tanggungjawab bersama untuk kita sebagai masyarakat yang prihatin membantu mereka memperbaiki taraf kehidupan dan pendidikan golongan miskin bandar,” katanya.
Dalam pada itu, Aulia menambah, program agihan yang berlangsung bakal menjadi penggerak kepada program agihan seterusnya, selain program berbuka puasa bersama para asnaf.
Menerusi program Mega Agihan Ramadan kali ini, sebanyak 300 kotak pek Ramadan dan Syawal bernilai RM18,000 akan diserahkan untuk setiap PPR, dengan 5,000 kotak bakal diedarkan sepanjang bulan.
“Duit raya sebanyak RM50 juga turut disertakan dalam setiap pek Syawal. Ia termasuk 6,000 pek iftar yang juga telah diagihkan bermula 1 Ramadan lalu dengan sasaran 35,000 penerima manfaat.
Sasaran penerima program termasuklah keluarga fakir miskin, keluarga ibu tunggal, golongan orang kelainan upaya (OKU), warga emas, asnaf, rumah perlindungan anak yatim dan rumah perlindungan pesakit HIV.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI