Meski dikurniakan dua orang cahaya mata, namun penampilan dan fizikal pelakon Fatin Afeefa kekal bagaikan seorang anak dara.
Lalu, impiannya juga adalah untuk kekal langsing, dengan miliki pinggang ramping!
Kisahnya, pelakon berusia 24 tahun itu ada memuat naik sepotong video di akaun Instgaram, menyatakan perasaan gembira dan teruja apabila berjaya mendapatkan pinggang ramping bak kerengga!
“My goals for 2019 is nak dapatkan pinggang 24 inci..I sangat happy! I nak buat challenge utk dapatkan pinggang 24 inci .. Yeah! Saya berjaya 2 minggu lepas! I dh berjaya…
“Senang je tips , korang kena pakai 8 jam sehari, I akan pakai masa tidur sahaja,” katanya sambil merakam video berkenaan, sambil menyatakn bengkung yang dipakai juga selesa.
“Pakai without fail every day time tidur for 8 hours. Nak lagi best, pakai hot lotion. Selesa sangat.
“Sekarang nak tidur kalau tak pakai, rasa tak complete. Gonna rock my 2019 with my 24 inch waist,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata memuji kesungguhan Fatin dalam penjagaan bentuk badan ideal.
Antara perkara lain yang diamalkan bintang drama Kekasih Paksa rela itu juga seperti rajin ke gimnasium dan mengamalkan cara hidup yang sihat.
Video/Foto : Instagram Fatin Afeefa