Momen indah di alam rumah tangga adalah saat menimang cahaya mata.

Begitulah perasaan yang dialami oleh pasangan selebriti Mawar Rashid dan suaminya, Raf Yaakob yang telah selamat menimang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael Rabu lalu.

Mawar juga ada berkongsi sepotong video yang melihatkan Raf menyanyikan sebuah lagu dengan penuh penghayatan dan syahdu buat bayi comel yang dilahirkan seberat 3.4 kg.

“Lagu dodoi dari papa buat @radenrafaelraf buat kali pertama ketika Rafael lahir. Rafael pun tengok je muka papa dia. I really love this precious moment. Dengar suara papa pun rasa bahagia sangat dah. Mummy nak blajar lagi2 dodoi ni untuk baby kita lah.. @rafyaakob, ” tulis Mawar.

Ads

Lalu, netizen tersentuh dengan nyanyian pertama Raf buat bayi lelakinya itu.

Ads

Menjengah di Instagram Raf pula, dia turut berkongsi video yang memaparkan gelagat anaknya, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela yang teruja dengan kehadiran adik baru mereka.

Ads

“My kids @radenrayyanraf@raysaachanelaraf seeing mummy @mawarashid for the first time after she gave birth. So concern and caring dierang ni kat mummy ? Today mummy and baby dah bole balik rumah. I’ll share their reactions bila jumpa dengan adik dierang @radenrafaelraf nanti,” tulis raf atau nama penuhnya Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob.

Video : IG Mawar Rashid, Raf Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI