Berita

Video Di Pusat Perubatan Tular, Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Jadi Mangsa Samun

Share

Pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid didakwa menjadi mangsa samun dalam kejadian di Terengganu.

Difahamkan dalam insiden yang berlaku, Akhyar turut mengalami kecederaan.

Malah menerusi video pendek yang mulai tular di media sosial, pemain kelahiran Kedah itu dikatakan sedang berada di sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan.

Lapor Metro, berdasarkan maklumat, Akhyar atau lebih mesra dipanggil Mat Yat cedera di bahagian kepala, dipercayai kerana dipukul individu tidak dikenali.

Akhyar menyertai pasukan Terengganu FC (TFC) sejak Februari lalu secara pinjaman dari juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dia yang beraksi di bahagian serangan menjadi sandaran skuad Penyu untuk bergandingan bersama seorang lagi pemain yang dipinjam dari Harimau Selatan, Safawi Rasid.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH