
Setiap individu pastinya mempunyai sahabat yang sentiasa ada bersama dalam keadaan senang mahupun susah.
Bagi selebriti ini pula, mereka mempunyai ‘puak’ yang mungkin sekepala dengannya dan sering ‘masuk air’ dengan karenah masing-masing.
Jadi, jom MH kongsikan kepada anda antara selebriti yang mempunyai ‘geng’ mereka sendiri.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahniah! Mizz Nina Sudah Nikah, Sama Cantik Sama Padan

Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan aktivis kemanusian, Mizz Nina yaang selamat mendirikan rumah bersama jejaka pilihannya dikenali sebagai Essam Muhammad.
Mizz Nina atau Shazrina Azman, 43, berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Instagram.
“Saya baru-baru ini bernikah pada suku kedua tahun 2023 bersama suami tercinta Esaam Muhammad dalam majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat.
“Allah sebaik-baik perancang dan telah menulis eposid baru dalam hidup kami dengan cukup indah.
“Kami bersama-sama menjalankan dakwah, kami berkongsi matlamat sama dan teruja dengan perjalan hidup baru ini,” tulisnya.
Penyanyi itu turut memuat naik foto bersama Essam dalam persalinan serba putih dipercayai diambil pada hari bahagia mereka.
Untuk rekod Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun berpisah pada 4 Ogos tahun lalu.
Mereka memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa.
Menerusi hantaran sama, peminat dan rakan artis turut tumpang bahagia dan menitip doa yang baik-baik buat pasangan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jenazah Rohana Jalil Tiba Untuk Disembahyangkan, Kilafairy Tenang

Suasana pilu menyelubungi Masjid Al-Falah, USJ9, di sini apabila jenazah Allahyarham Rohana Jalil kira-kita jam 10.40 pagi tadi.
Ahli keluarga dan rakan terdekat turut mengiringi jenazah yang akan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya selepas solat Zuhur.
Anak Allahyarham, Syakila Nisha atau Kilafairy, 31, memohon orang ramai mendoakan arwah ibunya.
“Mohon doakan arwah mama. Terima kasih rakan media yang hadir,” ujarnya ringkas dalam nada tenang
Antara rakan artis yang turut mengiringi jenazah ialah ialah Azizul Khamis, Izara Aishah, Tya Arifin dan Azian Mazwan Safuan.
Terdahulu, Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun 11.33 malam tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat kebocoran usus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Nak Diva, Saya Boleh Jadi Diva Sebab…,”- Masalah Disiplin Penyampai Boleh Jejas Reputasi Radio, Ini Respon Jujur DJ Lin

Penyampai radio, DJ Lin menyifatkan pengalamannya selama 22 tahun di dalam industri radio tanah air sedikit sebanyak menjadi faktor kejayaan dalam mengemudi radio Suria FM yang kini semakin mendapat tempat di hati para pendengar.
Jelas DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Kanan Suria FM, apabila dia diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut tiga tahun lalu mendedahkan, ada beberapa faktor yang harus dipenuhi sekiranya mahu bekerja dengannya.
“Alhamdulillah saya bersyukur, mungkin ini semua kerana pengalaman saya sendiri selama 25 tahun di dalam industri radio Malaysia.
“Saya bermula sebagai penyampai radio.
Saya dah melihat bermacam-macam legasi dan ragam-ragam sesetengah pihak.
“Bila saya diberi tanggungjawab sebagai ketua stesen radio Suria FM, saya akan pasti tiga kriteria ini diberikan keutamaan.
“Pertama sekali adalah barisan penyampai. Kedua pula mengenai konten yang mereka tawarkan dan yang ketiga adalah pemilihan lagu.
“Tiga elemen ini harus digembeling untuk kita tawarkan sesuatu yang dapat menawan hati ramai pihak,” katanya kepada MH.
DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid berkata sedemikian sewaktu ditemui di Konsert Digital Jelajah Suria di Warisan Hall Studio, Telok Panglima Garang, Selangor pada Rabu.
Jelasnya yang sinonim menerusi segmen Suria Cinta itu lagi, dia juga amat menitikberatkan mengenai soal disiplin para penyampai, lebih-lebih lagi apabila nama mereka semakin popular dan sentiasa meniti di bibir para pendengar.
Menurut DJ Lin, sekiranya para penyampai mempunyai masalah dari segi sikap, kerjaya mereka di dalam bidang radio tidak akan kekallama.
“Disiplin penyampai juga penting. Saya selalu ingatkan para penyampai saya. Popular mana pun kita, harus tahu menghormati orang. Jangan sombong dengan orang dan bersikap ‘diva’.
“Kalau penyampai radio ada sikap atau pemikiran seperti ini, mereka tidak akan kekal lama. Biar kita merendah diri dan sebagai orang melayu kita kaya dengan adab.
“Sama ada nak bercakap dengan pendengar atau para media, bahasa harus dijaga dan jangan guris hati orang.
“Saya selalu cakap dengan mereka, kalau nak diva, saya boleh jadi diva sebab saya paling lama diantara mereka. Macam-macam dah saya tempuhi. Bagi saya diva tiada dalam kamus hidup saya,” katanya lagi.
Terdahulu, Konsert Digital Jelajah Suria telah pun menghimpun barisan artis ternama tanah air seperti Datuk Awie, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Kugiran Masdo dan ramai lagi.
Selain DJ Lin, antara penyampai Suria FM yang turut hadir memeriahkan suasana termasuk Ajak, Fizi, Issey dan Sharifah Shahirah.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI