Kehadiran ahli baru dalam keluarga Hairul Azreen dan Hanis Zalikha pastinya menjadi momen indah buat mereka.
Mana tidaknya awal bulan ini, pelakon filem Paskal itu telah mengumumkan bahawa isterinya itu kini hamil anak kedua.
Hairul juga telah berkongsi video imbasan gambar ultra sound anak keduanya itu.
Video tersebut memaparkan reaksi Yusuf yang sangat teruja ‘melihat’ adiknya itu.
Susulan itu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai mengenai berita gembira itu.
Wah! Tak lama lagi Yusuf akan bergelar abang!
Apa-apa pun, MH ucapkan tahniah buat Hairul sekeluarga dan semoga Hanis menjaga pemaknan untuk kesihatan diri dan kandungan, ya!
Video : Instagram Hairul Azreen
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masih Bawah 600 Gram,” – Belum Mampu Kongsi Gambar Baby D, Abby Abadi Mohon Doa
Berkongsi perkembangan terkini Baby Danial, Abby Abadi menerusi entri terbaru memohon agar netizen memahami situasi bayi pra-matangnya itu.
Malah pada masa sama, bintang Gerak Khas ini turut menyatakan alasan mengapa sehingga kini dia masih tak berkongsi foto Baby D atau Muhammad Danial Firman Faizal.
Jelas bintang ini, berat anaknya masih di bawah 600 gram.
Dia harus menunggu sehingga beratnya mencapai 1.7 kilogram dan Baby D di bawah jagaannya sendiri.
“Salam Jumaat, Salam Kekurusan! Hehehe
Doakan Sy kurus tau…
“Ni gambar awal2 HIJRAH 2012, InshaALLAH buleh Abby Abadi. Youu gooo Girl!
“Ps: Kita otw nk gi hospital. Terusss doakan Baby Danial kita k. So far Alhamdullillah.
"Tu je buleh cakap… tak dpt nk share gambar dia lagiii . Sabar k… Tunggu berat badan Baby Danial atas 1.7kg, kesihatannya baik, Mama buleh jaga sendiri.. baru dpt share k.
"Skrg masih bawah 600gram. Hanya Doa yg Sy perlukan skrg.. Tolong doakan k,” jelasnya.
Terdahulu, pasangan ini memaklumkan perkembangan positif selepas Baby D dimaklumkan mengalami pendarahan dalam paru-paru selepas dilahirkan pada usia kandungan enam bulan.
Pasangan ini berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan turut mempunyai dua angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Foto : Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sepanjang Saya Berlakon, Tak Ada Pun Budaya Buli-Membuli Dekat Set,” – Giliran Datin Intan Najuwa Bersuara
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil memberikan pandangan berhubung dakwaan wujudnya budaya buli di kalangan pelakon senior terhadap pendatang baharu di set penggambaran.
Intan berkata, sepanjang terlibat dalam lakonan, dia belum berdepan dengan situasi tersebut meski sering bergandingan dengan pelakon yang lebih berbakat berpengalaman berbanding dirinya.
Malah jelasnya, jika ada teguran diberikan, ia dilihat sebagai cara untuk meningkatkan lagi kualiti lakonan.
“Sepanjang saya berlakon, tak ada pun budaya buli membuli dekat set. Most of the time, i’m acting with people who are more experienced than me, and they’re super talented.
“But nobody ever bullies me, and if they give me advice, i don’t see it as bullying at all.
“Bila senior dekat set advice dan tegur, itu untuk improve lagi dari segi kerja, bukan buli. Kalau kena tegur sikit tu pun dah dianggap buli, tak payah kerjalah kot,” jelasnya.
Luahan tersebut dikongsikan pelakon drama bersiri, Racun Rihanna ini menerusi status terkini yang dikongsikan di Insta Stories yang berlatarbelakangkan sedutan temu bual isu berkaitan.
Intan pada masa sama meminta supaya fahamkan terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan buli selain memberikan pendapatnya berhubung situasi apabila melontarkan skrip di dalam sesebuah babak.
“Kena fahamkan apa maksud buli. Bukan kena advices dan tegur sikit then claim kena buli.
“And also, he said ‘bila rehearsal lain, bila dah take tukar dialog lain, so budak baru tak boleh jawab’. Hey, acting isn’t just about memorizing lines.
“It’s really about getting the scene, getting who you’re supposed to be. So, when your sparing throws you something unexpected lines, you can bounce back right away.
“If you’re just stuck on remembering the script, that’s why you get tripped up. It’s all about interacting in a way that feels real. That’s why new actors gotta really learn how to get in character and not just take it easy.
“I wouldn’t say i’m the best actress out there. But before you get into this, just make sure you know what you’re getting into.
“Acting isn’t just about the fame. You’ve gotta know your stuff and always be working on getting better and don’t go blaming others.
“Haih tolong la sebelum jawab soalan, fikir dulu. Jawab dengan matang dan proper sikit. Kalau rasa tak boleh jawab, tak payah keluarkan statement apa-apa. Malulah jawab like this,” katanya lagi.
Terdahulu, timbul isu mengenai dakwaan wujudnya budaya buli dalam kalangan pelakon dan warga kerjaya produksi di antara pelakon senior dan pendatang baharu.
Dakwaan tersebut menerima reaksi yang pelbagai termasuk di kalangan rakan pelakon dan warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kecoh Cerita Orang Minyak Pecah Rumah Di Melaka
Di Melaka baru-baru ini heboh tentang kononnya kediaman beberapa kawasan di negeri itu telah dimasuki oleh orang minyak.
Berita ini telah mula tersebar dan tular di laman Facebook dan Whatsapp yang mendakwa orang minyak ini menjadikan kawasan perumahan di negeri itu sebagai sasaran utama.
Namun Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad telah menafikan berita itu.
Beliau juga telah menasihatkan agar orang ramai mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak berkuasa dan tidak menyebarkan berita tidak benar ini menjadi tular dan membuatkan ramai orang berasa takut.
“Sekiranya ada tangkapan awam (terhadap penjenayah) perlu dimaklum dan diserah kepada pihak berkuasa tanpa mengambil tindakan sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya lagi, pihak yang menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 211 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam penyebaran berita palsu seumpama ini,” katanya lagi.
Dia berkata lagi jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 serta boleh dipenjara tidak lebih dari satu tahun.
Afzarnizar mengingatkan orang ramai lagi untuk membuat laporan polis di mana-mana balai polis yang berdekatan jika berlaku sebarang perlakuan jenayah di kawasan mereka.
Beliau juga turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya menyerahkan individu-individu yang ditangkap kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Sumber: Sinar Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI