Tahniah diucapkan buat pelakon drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul yang telah pun selamat diijabkabulkan bersama wanita pilihannya, Norhayati Abdullah, 39, di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur, pada Selasa.
Farid, 55, yang sebelum ini sinonim menerusi menerusi watak Detektif Lim memetik Harian Metro berkata, majlis akad nikah berjalan dengan lancar meski ia berlangsung sedikit lewat.
Malah, majlis turut dijalankan mengikut norma baharu.
“Alhamdulillah, majlis akad nikah berjalan lancar. Sepatutnya ia berlangsung jam 12 tengah hari tapi dilewatkan sedikit memandangkan ada beberapa pasangan lain sebelum kami.
“Majlis semalam dihadiri lima orang termasuk saya dan juga isteri. Akad nikah disempurnakan oleh jurunikah dari Jawi, Ustaz Maliki,” katanya.
Farid pada masa sama turut memberikan reaksi berhubung majlis kahwin yang dilangsungkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ada kelebihan dan kekurangan.
“Kalau dari segi kos, memang jimat sebab kita tak ada jemputan dan sebagainya. Tapi, dari segi perasaan untuk mengikut adat, saya rasa sunyi sikit sebab tak ada majlis keraian.
“Insya Allah, kalau PKP sudah ditamatkan nanti dan kita dibenarkan untuk adakan majlis, kami akan adakan majlis resepsi sama ada di Kuala Lumpur atau di kampung halaman isteri di Kuala Krai, Kelantan,” katanya.
Itu adalah perkahwinan pertama buat Farid dan isterinya yang juga ahli perniagaan.
Sementara itu, dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri, beliau turut memaklumkan telah terserempak dengan Farid Amirul di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang baru selesai melangsungkan pernikahan.
Momen bersama pasangan pengantin turut dikongsikan menerusi salah satu hantaran di akaun FB rasmi beliau.
Sumber, Foto : Harian Metro,
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Redza Minhat ada meluahkan rasa kecewa selepas tularnya berita berkaitan seorang bapa yang didakwa diminta pulang pihak surau gara-gara kekurangan wang demi menyempurnakan jenazah anaknya.
Menurut Redza, insiden menyedihkan ini seharusnya menjadi pembuka mata buat semua umat Melayu Islam di Malaysia.
Luahan tersebut diutarakan Redza menerusi laman Twitter miliknya.
“Surau reject manusia kesusahan minta tolong kebumi anak yang baru lahir should be a wake up call to Melayu Islam.
“Something is really wrong. Really really wrong,” tulisnya.
Tweet tersebut kemudiannya tular selepas mendapat hampir 10,000 retweet dan 5,000 tanda suka.
Dalam pada itu, tweet tersebut ternyata menerima rekasi pelbagai daripada netizen,
Sementara itu, Redza juga ada membalas satu tweet daripada seorang netizen.
Kalau perlu jadi AJK untuk betulkan benda basic macam ni memang dah tahap kritikal der. ??♂️ https://t.co/zmEhB0DTTY
Pelakon yang juga isteri kepada Jep Sepahtu, Sari Yanti ada berkongsi foto lima anaknya di Instagram yang sekaligus mencuri perhatian wargamaya.
Mengisi masa bersama suami dan anak-anak, Sari menerusi ruangan kapsyen berharap agar kesemua zuriatnya menjadi anak soleh dan solehah.
Malah dia turut mendoakan yang baik-baik kepada para wanita berkahwin yang masih belum ada rezeki menimang cahaya mata.
“Robbi habli minassholihin. Semoga Barr Al Aliy , Baasit Al Haq, Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr membesar menjadi anak yang soleh dan membawa kabaikan pada semua.
“Semoga kita semua Allah SWT rahmati, dalam redha dan kasih sayangNya selalu.
“Semoga yang belum punya zuriat dikurniakan zuriat yang soleh satu hari nanti,” tulisnya.
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada Isnin tepat jam 10.01 malam.