[VIDEO] “First And Last!”- Selepas Nelydia Senrose, Kini Ruhainies Pula Gayat Dengan Ketinggian Naik Buaian, Sampai Kecut Tengok!

Share

Pelakon Ruhainies telah berkongsi sebuah video di Instagramnya baru-baru ini yang memaparkan dia ‘memberanikan’ dirinya untuk bermain buaian di Bali, Indonesia.

Bagaikan kecut perut dek angin kencang dan ketinggian di atas bukit itu, Ruhainies kelihatan ‘pasrah’ melakukan aksi ekstrem itu.

“I know i know. Dah nampak macam kain buruk basi dah terkulai macam tu.. Demi travelogue #SecawanKopi.. kami beranikan diri jugak. Padahal body dah shaking habih dah tuuu.. naik buaian dekat playground pun kami dah penin, inikan pulak buaian tinggi gilaaaaa ni 

Mama @hj.zil kena bagi hadiah okay, kami dah la gayat. Depa kata mama nak bayaq double kami pun try la. Tapi first and the last la. Bye,” tulisnya. 

Video tersebut melihatkan pelakon berusia 26 tahun itu bermain buaian terkenal di pusat peranginan yang dikenali sebagai Bali Swing.

Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai menerusi video tersebut.

Terdahulu, Nelydia Senrose pernah melalui situasi ini apabila dia berada pada ketinggian 148 tingkat di antara bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifah.

Video : Instagram Ruhainies

Published by
Amynur Akmal