Penyanyi Datin Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan baru-baru ini telah melancarkan muzik video untuk lagu single terbarunya, Meluruh.
Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Alyah dilihat cukup konsisten dalam mempersembahan muzik video berkualiti terhadap single-single yang dinyanyikannya.
Lalu selain berkongsi mengenai sisi kerjaya, bintang ini buat kesekian kali tetap akan ditanya mengenai sisi peribadi, terutamanya hal melibatkan suami, Datuk Ramli MS.
Meski sudah berikan penjelasan tetap ada segelintir netizen yang memberikan spekulasi terhadap rumah tangga Alyah bersama suaminya yang dikatakan kian renggang.
Ini kerana penyanyi berusia 38 tahun itu semakin jarang berkongsi momen bersama suami di laman media sosial.
“Sebenarnya saya dari dulu lagi, dari zaman bercinta lagi memang jarang nak kongsi foto sama di sosial media. Kalau ada pun, memang jarang.
“Cuma kebelakangan ni saya akui agak kurang untuk kongsi foro bersama kerana masing-masing sibuk.
“Tambahan pula saya rasa Datuk (suami) ni pemalu, jadi kurang nak kongsi posting di sosial media.
“Malah ada ketikanya bila nak selfie kat rumah sama-sama saya tak pakai tudung pula. Jadi sudahnya saya tak boleh nak kongsilah benda-benda macam tu dekat peminat.
“Saya dengan Datuk Ramli okey jer, tak ada masalah. Ada juga peminat yang jumpa kami berdua di luar. Alhamdulilah sehingga kini kami okey,” kongsi Alyah kepada MH.
Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan bernikah dengan maestro muzik popular Datuk Ramli MS dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia pada 18 Mac 2013.
Penyanyi kelahiran Gelang Patah, Johor ini ditemui oleh MH di majlis pelancaran muzik video untuk lagu single terbarunya itu di TGV 1 Utama, Bandar Utama, beberapa minggu yang lalu.
Rakaman muzik video ini diarahkan oleh pengarah hebat, Ghaz Abu Bakar dan telah menampilkan pelakon hebat seperti Aprena Manrose dan Amerul Affendi.
Foto: Instagram Datin Alyah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI