Memperlihatkan keadaan tanah perkuburan di Filipina, Mark Adam membawa isteri dan keluarga di sana melawat kubur bapanya.
Penyanyi popular ini turut menerangkan struktur pembinaan perkuburan masyarakat di sana.
“Ini adalah kubur di Filipina. Saya akan bawa anda semua untuk melawat ayah saya. Ini adalah bagaimana kubur di sini di bina,” ulasnya di dalam rakaman.
Dia turut berkongsi klip menunjukkan adik-adiknya turut berpuasa sebagai menghormati Mark dan isteri.
“Dorang pun puasa!!!? they said they will only drink or eat when i and ezan start so.”
Walaupun kini berlainan agama dan kepercayaan, netizen terharu dengan ketaatan penyanyi ini melawat perkuburan bapanya yang telah meninggal dunia.
Hubungan keluarga tidak akan terputus walau apa pun yang berlaku. Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa dan adik beradik selagi hayat di kandung badan.
Foto : Instagram Mark Adam