[VIDEO] “Fish Lips Ikut Perangai Mommy, Bila Besar Akan Cium Siapa Macam Ni?,”- Gelagat Comel NeyNey Bikin Ramai Geram

Share

Anak kepada Nora Danish iaitu Mohamed Neqayl Nedim sering mendapat pujian netizen. 

Gelagat comelnya yang kian membesar kini semakin mendapat perhatian.

Beberapa jam lalu, suami Nora, Nedim Nazri Aziz ada memuat naik sepotong video yang memaparkan aksi comel NeyNey yang ‘mengikut’ jejak langkah ibunya,Nora. 

“Ikut perangai Mommy dia , suka buat “fish lips”, tapi mommy dia lupa yang nanti Ney Ney besar,dia akan cium siapa macam ni ?,” tulis Nedim. 

Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap gelagat manja NeyNey itu. 

Pada 22 Februari depan, genaplah usia NeyNey dua tahun. Semoga membesar jadi anak yang soleh dan berjaya NeyNey!

Video: IG Nedim 

Published by
Amynur Akmal