
Pelakon Fify Azmi telah menjalani beberapa latihan fizikal demi menjayakan watak sebagai Zain dalam filem Wira.
Fify yang juga finalis Dewi Remaja 2014/2015 ada berkongsi video yang memaparkan latihan yang dilakukan, namun dia telah mengalami sedikit kecederaan di bahagian lehernya.
“Bukan senang untuk menjayakan setiap watak tanpa latihan dan kesungguhan ?? #wira2019 #fifyonset #nangkabusuk#dibantingsamaismi,” tulisnya.
Video yang telah disunting dengan menggunakan teknik perlahan (slow-mo) melihatkan bahagian leher finalis Dewi Remaja 2014/15 itu sedikit terkehel dan bahagian mukanya dihempas kuat ke lantai.
Lalu, netizen memberikan komen yang pelbagai terhadap video berkenaan.
Malah, ada juga yang mengambil berat terhadap latihan yang dilakukan Fify itu.
Terdahulu, Fify yang terkenal dengan rambut panjang dan bersifat feminin, terpaksa mengorbankan rambutnya bagi menjayakan watak Zain dalam filem Wira arahan Adrian Teh.
Video : IG Fify Azmi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beli & Ubah Suai Banglo Harga RM5 Juta, Muliakan Orang Tua Tip Kak KM Luas Rezeki

Pencapaian usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM menjadi bualan ramai apabila dia tampil berkongsi momen indah berjaya miliki kediaman berharga lebih RM5 juta di Instagram, baru-baru ini.
Bagaimanapun, perkongsian berkenaan menerima reaksi pelbagai warganet meski ada yang tumpang gembira melihat rezeki yang diraih anak pelakon senior, Normah Damanhuri itu.
Mengulas lanjut, Kak KM bersyukur kerana ia antara hasil titik peluh perniagaan produk yang diusahakan.
“Sebenarnya tanah rumah ini sangat besar, 10,000 kaki persegi. Sebab jika beli rumah baru mungkin susah nak dapat (yang besar) macam tu. Ia rumah lama. Boleh je kalau nak duduk balik, tinggal lagi kalau boleh saya mahu ia semua baru.
“Jadi kita nak runtuhkan, ‘naik’ balik yang baru. Lokasinya di Ampang. Sebenarnya harga lebih (RM5 Juta), nanti dikatakan berlagak pula. Baru cakap RM5 Juta orang dah marah sangat, kata kita nak menunjuk-nunjuk.
“Padahal kita bukan nak menunjuk, kalau tak boleh tengok tutuplah Instagram tu, betul tak?,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan.
Turut dilancarkan pada majlis sama ialah Starvendors Kedah Raya Fest 2022 di Malaysia Grand Bazaar @ Lalaport, Bukit Bintang City Center pada Rabu.
Ditanya mengenai proses pengubahusaian bagi membangunkan kediaman yang serba baru, Kak KM menjelaskan ia mungkin mengambil masa sekitar setahun.
“Kita bagi masa dalam setahun sebab nak runtuhkan semua nak naikkan balik. Sebab kita ambil keputusan untuk ubah suai kerana anak bertambah, kalau boleh biarlah bilik seorang satu. Untuk mak dan mertua, untuk bilik sendiri juga.
“Malah kalau boleh nak adakan surau. Nak lebihkan benda itu, nak ada surau,” katanya yang turut mendedahkan memiliki kediaman berkenaan sebagai impian yang tercapai.
Sementara itu, Kak KM akui ikhtiar mahu memberikan yang terbaik sebagai anak, ibu dan isteri. Itu antara rahsia kejayaannya hingga kini.
“Pertama sekali, memang kena buat baik dengan mak bapak. Macam mana marah pun, kita tak boleh cakap fasal mereka, tak boleh nak marah-marah mereka. Mak cuma satu. Kalau nak berkatlah.
“Selain itu kita kena jaga bahagian, tanggungjawab kita. Kita dengan anak-anak, suami dan adik-beradik. Kena jaga benda tu dulu. Bagi saya itulah asasnya.
“Kemudian barulah sibukkan untuk benda lain. Mak dengan mak mertua itu memang nombor satu,” katanya lagi.
Rumah banglo berkenaan merupakan kediaman ketujuh yang dimilikinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Nak Sekadar Nyanyi Kutip Duit,” – Hazama Tolak Tawaran Konsert, Rasa Belum Layak & Tak Cukup Lagu

Meksipun sudah mempunyai rangkaian lagu-lagu hits, penyanyi Hazama tetap merasakan dirinya belum cukup layak untuk mengadakan konsert solo.
Menurut Hazama, dia ada menerima beberapa tawaran untuk mengadakan konsert solo tetapi terpaksa ditolak bagi memberikan fokus untuk menerbitkan album kedua.
“Sejak beberapa tahun lepas, banyak pihak yang menawarkan saya untuk mengadakan konsert solo tapi saya tolak. Saya rasa belum cukup lagu.
“Walaupun saya sudah mempunyai beberapa lagu hits, tapi saya rasa tak cukup. Setakat ada tujuh lagu hits, belum tentu kuat untuk dibawa ke konsert.
“Lihat sahaja nama-nama besar seperti Datuk M. Nasir dan Wings, mereka ada 20 hinga 30 lagu hits, baru layak nak buat konsert.
“Ini hanyalah pandangan saya. Pandangan saya tak semestinya betul,” katanya kepada MH.
Hazama berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media dan pelancaran album keduanya berjudul ‘Pujangga’, baru-baru ini.
Katanya lagi, sekiranya diizinkan untuk mengadakan konsert solo satu hari nanti, Hazama mahu konsert tersebut mempunyai konsep yang melambangkan dirinya sendiri.
“Sebelum ini, saya banyak menumpang konsert orang. Bila orang tanya, tak nak buat konsert ke? Saya jawab belum lagi dan saya nak siapkan album dahulu.
“Bila album sudah siap dan orang ramai tahu lagu saya, baru seronok nak buat konsert. Barulah konsert saya itu boleh punyai konsep sendiri.
“Saya tak nak buat konsert sekadar menyanyi dan kutip duit. Kalau buat konsert, objektif utama saya bukanlah buat keuntungan. Saya nak diri sendiri dan orang menonton puas hati,” katanya lagi.
Malah, penyanyi lagu Relakan Jiwa ini turut menganggap karya-karya yang kuat bukan sahaja bagus untuk konsert tetapi juga baik buat branding seseorang artis.
“Kalau tiada karya yang kuat, takut nanti konsert jadi separuh masak. Namun, itu bukanlah bermakna penyanyi itu tidak bagus.
“Sebuah lagu hanya memakan masa tiga hingga lima minit. Jadi, macam mana nak mengadap konsert selama satu atau dua jam? Kalau baru ada satu sahaja lagu, tak cukup nak cover dua jam ni.
“Pastikan dua jam itu karya sendiri. Barulah penonton dapat kepuasan. Sebagai penyanyi, saya pernah cover lagu orang dan menyanyikan lagu sendiri ketika konsert.
“Namun, saya rasa lebih puas bila menyanyikan lagu sendiri. Malah, karya saya juga tak perlu dibandingkan dengan karya-karya artis lain,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wulan Guritno Lakukan Proses ‘Beku Telur’, Sedia Mengandung Jika Jumpa Jodoh Baru

Pelakon jelita Indonesia, Wulan Guritno mengakui masih menyimpan impian untuk menambah cahaya mata walaupun usianya kini sudah menginjak ke angka 43 tahun.
Menerusi perkongsiannya dalam podcast bersama Denny Sumargo, Wulan mendedahkan dia telah mengambil inisiatif melakukan pembekuan sel telur (freeze egg) sebagai persiapan masa depan.
“Saya memang nak anak lagi sebelum umur 45. Sekarang tinggal dua tahun je lagi, jadi saya ambil langkah buat freeze egg. Sedangkan saya dah ada tiga anak pun,” ujarnya jujur.
Tindakan itu diambil sebagai satu bentuk perancangan sekiranya dia dipertemukan jodoh baharu dan kembali bergelar isteri suatu hari nanti.
“Kalau satu hari nanti saya bertemu jodoh yang ditakdirkan Tuhan, saya masih ada peluang untuk hamil dan timang anak lagi,” tambahnya.
BACA JUGA: Luna Maya Lakukan ‘Pembekuan Telur’ Sebagai Persiapan Masa Hadapan Untuk Mendapatkan Anak
Dalam masa sama, Wulan turut berkongsi keinginannya untuk menimang anak lelaki, namun tetap reda dan bersyukur jika dikurniakan anak perempuan.
“Saya memang teringin anak lelaki, tapi kalau diberi perempuan pun saya terima dengan hati terbuka. Satu anak pun dah cukup, kalau dua pun okay,” katanya.
Sebagai persediaan, Wulan kini giat menjaga kesihatan diri dengan bersenam dan mengekalkan gaya hidup sihat.
Katanya, tubuh badan yang cergas dan sihat adalah kunci utama untuk melalui proses kehamilan dan kelahiran dengan selamat pada usia matang.
Imbas kembali, pelakon kacukan Indonesia-British ini terlebih dahulu sudah memiliki tiga anak hasil dua perkahwinan terdahulu.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI