[VIDEO] Gara-Gara Syok Join Bakar Ikan, Nabila Huda Selamba Nak Cuba Rasa, Tapi Lupa Sedang Puasa!

Share

Seronok kunjungi pasar di Kroch Chma di Thailand, Nabila Huda bersama anak dan teman rapat dilihat cukup teruja memborong pelbagai bahan basah dan makanan yang dijual di situ.

Lucunya, dek kerana sibuk menolong seorang penjual wanita membakar makanan digelar Ipong, pelakon wanita ini dilihat mahu mencuba hidangan tersebut sebelum ditegur ‘tak puasa’.

Dilihat terdiam sebentar sebelum ketawa besar, Abil nyata terlupa dia sedang menjalani ibadah puasa.

“Eh Ya Allah puasa,” katanya sambil ketawa.

Hmm Cakap je la melayu apa ada hal..kite tak faham bahasa dorang, dorang pun sama..So Cakap je bahasa negari masing-masing..Settle!!!haha! Gila weh Mana Nak dapat ikan patin Rm7 sekilo gurl,

” tulisnya.

Terhibur melihat keletah pelakon berusia 35 tahun ini, netizen meninggalkan pelbagai reaksi di ruang komen.

Makan dan minum dalam keadaan lupa sedang berpuasa adalah rezeki yang Allah beri. Tidak perlu mengganti puasa dan boleh meneruskan seperti biasa.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang lupa sedang ia dalam keadaan puasa lalu ia makan atau minum, maka hendaklah ia sempurnakan puasanya karena kala itu Allah yang memberi ia makan dan minum.

” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 1933 dan Muslim no. 1155).

Foto : Instagram Nabila Huda

Published by
Noraini Abd Wahab