Santai dan bersahaja. Itu gelagat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika beraksi di dapur.
Momen tersebut dikongsikan penyanyi lagu Anta Permana itu di Instagramnya.
“Masak apa tu CT? Kalau nak tengok gelagat saya di dapur, jangan lupa tonton video penuh di youtube Siti Official Video. Jangan lupa subscribe ya!!,” tulinya.
Sambil menyanyikan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian Andmesh Kamaleng, TokTi dilihat seronok memasak beberapa juadah enak.
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap reaksi isteri kepada Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa itu.
Sementara itu, menerusi video rasmi Siti Official Video di Youtube, gelagat puteri kecilnya, Siti Aafiyah turut memasuki ruang dapur, lalu didukung TokTi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 300,000 tontonan di Youtube.
Video : Intagram CTDK/ Youtube / Siti Official Video
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Susut sangat ke?” – Sham Visa
“Susut sangat ke?” Itu tanya salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke 6 (GV6), Sham Visa apabila ditanya mengenai keadaan fizikalnya yang dilihat sedikit kurus berbanding awal kemunculannya dalam program terbabit.
Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Sham atau nama sebenarnya, Rohisham Hashim akui gaya hidup yang lebih sibuk sejak menyertai GV6 mungkin menjadi antara puncanya.
“Rasanya (berat badan) maintain sahaja kot. Selepas berbulan bersama GV6, kata orang ia mungkin sudah nampakkan kesannya,” katanya yang turut akui hampir sebulan berdepan dengan masalah tekak.
Bagaimanapun, keadaannya kini bertambah baik selepas mendapatkan rawatan, sebagaimana yang dicadangkan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
View this post on InstagramA post shared by Bluetooth Sham (@shamvisa.official) on
“Kami ada bertemu di belakang pentas ketika sama-sama membuat persembahan beberapa minggu lalu dan dia ada berikan cadangan ke sebuah klinik. Dia pesan berkali-kali dan saya hormatinya keprihatiannya itu.
“Pada awalnya saya terkejut juga… Tok Ti kenal saya. Siapalah saya kan? Lalu saya ke klinik sebagaimana yang dicadangkannya dan saya sekarang dalam rawatanlah,” jelasnya kepada MH.
Terdahulu, Sham berkongsi dia pernah mengalami kecederaan suara dan ia berlaku kira-kira selama enam tahun.
“Apabila ia berlaku, saya tidak pernah lakukan eksperimen sama ada suara pada ketika itu boleh diguna pakai (dalam nyanyian) atau sebaliknya.
View this post on InstagramA post shared by Bluetooth Sham (@shamvisa.official) on
“InsyaAllah meski ‘tona warna’ yang baru dari suara saya, saya akan tetap cuba untuk teruskan menyanyi,” jelasnya optimis.
Minggu ini pada konsert kesembilan saingan GV, Sham ditugaskan untuk mempersembahkan lagu Dari Sinar Mata yang dipopularkan oleh Bumiputera Rockers.
View this post on InstagramA post shared by Bluetooth Sham (@shamvisa.official) on
Foto: Instagram Sham Visa/DS Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Umum Hamil 6 Bulan, Azrinaz Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga
Tahniah diucapkan buat bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim yang telah mwmaklumkan berita gembira apabila mengumumkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Menurut Azrinaz, kehamilannya kini telah pun mencecah usia enam bulan dan perkongsian tersebut telah pun dikhabarkan menerusi Instagram miliknya, awal semalam.
View this post on InstagramA post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on
Atas rezeki zuriatnya bersama perkahwinan terkini, dia bersyukur ke hadrat Illahi atas peluang untuk mempunyai zuriat buat kali ketiga.
“Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Wallilahilham.
“Dikesempatan ini, ingin saya kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur, saya telahpun melepasi trimester ke-2. Berkat doa ibu bapa, sahabat handai serta kalian semua yang amat saya kasihi… Allah memberikan saya peluang sekali lagi untuk mempunyai zuriat, buat kali ke-3.
“Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden. Namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, ia tidaklah semudah 11 tahun yang lalu.
“Diharapkan semoga kandungan yang berusia 6 bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian agar bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi.
“With great pleasure, I would like to share the news which we have not shared publicly before. Alhamdulilah, I have passed the 2nd trimester of my pregnancy. Thank you to our parents, friends, and everyone who has always be close to my heart for God gives me the chance to have another baby; for the 3rd time in my life.
“With His willings, this baby conceived without the help of any modern technology. But I must admit that being pregnant at this ‘not-so-young’ age is not easy as I was, 11 years ago.
“My hope that you will always pray for the health of my 6-month-old baby and me and insyallah the baby will be born healthy and normal without any complications. So, ladies and gentlemen, I’m pregnant!,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Azrinaz mendirikan rumah tangga dengan Fairos Khan Abdul Hamid dalam sebuah majlis di kediaman Azrinaz pada 1 Mei tahun lalu.
Foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ya Allah… Kuatkan Aku,” – Anak Lelaki Azian Mazwan Sapuwan Meninggal Dunia
Anak kepada penyanyi, Azian Mazwan Sapuwan, menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi selepas kira-kira tiga minggu berada dalam keadaan koma, lapor Astro Gempak.
Difahamkan, Mohamad Aqil Zulkarnain meninggal dunia kira-kira jam 11.30 pagi tadi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang, Selangor.
Berita tersebut dimaklumkan penyanyi senior berkenaan, menerusi rakaman suara yang dikongsi kepada rakan media.
Malah, berita kematian arwah turut dikongsi menerusi Instagram miliknya.
“Anakanda saya Mohammad Aqil Zulkarnain telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 11.30 pagi ini. Semoga roh allahyarham anakanda di tempatkan di kalangan yg beriman.
Ya Allah..kuatkan aku,” tulisnya.
Allahyarham Mohamad Aqil sebelum ini dimasukkan ke hospital tersebut kerana terlibat dalam kemalangan pada 22 November lalu.
Dalam kemalangan terbabit, Mohamad Aqil dilapor mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen serta beberapa organ dalam badan.
Disebabkan keadaan tersebut, Mohamad Aqil dibius dan diletakkan dalam keadaan koma untuk rawatan lanjut.
Azian yang sinonim menerusi lagu Rumah Kecil Tiang Seribu juga merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kedua.
View this post on InstagramA post shared by Azian Mazwan Sapuwan (@azianmazwann) on
Foto: Instagram Azian Mazwan Sapuwan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI