Pergh pejam celik pejam celik Mat Yip atau nama sebenar Syeriv Samheizy anak kepada pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin akhirnya genap berusia setahun.
Melalui akaun Instagram milik Syatilla, ibu kepada bayi popular ini memberi ucapan yang sungguh menyentuh hati.
Antara kata-kata Syatilla yang sungguh mendalam, dia bersama suaminya telah menunggu lama kehadiran Mat Yip dalam hidup mereka.
“Mat yip tau dak,luka jahit ibu ni duk terasa nyilu lagi yip oi???besaq p dah ank ibu.dah lama ibu sama bapak tunggu awak?anak,membesar lah dengan sempurna,sihat tubuh badan dan penuh kasih syg.ibu hadiahkan anak ibu tenaga ibu hari2 jaga mat yip sampailah mat yip besaq!ibu xmintak balasan apa2, cuma ingat dan hormatlah ibu,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun Syatilla sempat melawak dan mengusik anaknya yang baru sahaja berusia setahun sudah mempunyai jenama baju melayu sendiri.
Malah, Syatilla meminta anaknya itu untuk belanjanya jika punyai pendapatan lebih.
“hormatlah ibu sama bapak awak ni sampai bila2.kalau ada duit lebih bila besaq nanti bagi laa,jgn kemut??masa tu mungkin ibu hang sakit lutut sakit tumit xbuleh bejalan dah,bapak pulak mungkin kepala lutut dah xdak??masa tu,bapak tgok ibu,ibu tengok bapak.tak buleh p kemana dua2 ekoq?? ok lah syg,HAPPY BIRTHDAY SYERIV SAMHEIZY NYAWA DUNIA AKHIRAT?♥️,” tulisnya lagi.
Aduh lucu, macam-macam betul lah Syatilla ni!