Pelakon Datin Paduka Eina Azman ada meraikan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden bersempena dengan ulang tahun kelahiran insan tersayangnya itu yang ke-41.
Lebih romantis, pelakon Ratu The Movie itu dilihat turut membuat kejutan buat suami dengan membawanya bersiar-siar dengan menaiki helikopter!
Momen indah yang turut disertai anak kembarnya telah dikongsikan menerusi beberapa entri foto serta video di Insta Stories miliknya.
Terdahulu, Eina atau nama sebenarnya, Ainud Syakina Azman membuat kejutan tersebut dengan menutup mata suaminya terlebih dulu sebelum tiba ke lokasi untuk menaiki helikopter.
Malah kedua anak kembarnya, Karl Kareef dan Arianna Aubrey, yang berusia empat tahun turut dibawa bersama-sama menaiki helikopter selain turut mengabadikan momen keraian.
Untuk rekod, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan tersebut pada 31 Ogos 2014 dan mereka dikurniakan pasangan kembar comel pada tanggal 19 Februari 2016.
Foto: Instagram Eina Azman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal akui terkejut selepas melihat kebolehan anak perempuannya, Hayla Adzkia untuk melakonkan babak-babak sedih.
Menurut Wawa, dia juga mendapat pujian daripada pihak produksi apabila anaknya itu dikatakan mudah untuk menjiwai watak lebih-lebih lagi bila melibatkan adegan yang memerlukan air mata.
“Ya Allah tak sangka @haylaadzkiya power betul belakon air mata ek. Request air mata zass terus keluar.
“Crew-crew cakap macam ada suis. Satu hari nanti kau akan terkenal satu Bukit Bintang dik,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon Aeril Zafril itu menerusi sebuah hantaran yang video yang dimuat naik di laman Instagram petang tadi.
Wawa turut menambah, anaknya itu bakal muncul menerusi sebuah drama yang akan ditayangkan pada hari raya nanti.
Malah, Aeril juga turut dikatakan akan membintangi drama tersebut.
“Korang nak tengok lakonan Hayla tak? Nantikan drama hari raya Hayla nanti. Mak dia pun feeling tau nangis,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum selain turut merasakan Hayla bakal mengikut jejak langkah ibi bapanya satu hari nanti.
“Talented la Hayla.
“Sedihnya. Terasa lakonannya.
“Mesti rajin tengok drama atau movie mak dia berlakon dulu-dulu ni.
“Good job Hayla. Ikut pak dia kuat drama ni.
“Tak, sekarang ni kenapa saya pun mengalir air mata. Alaaa sayang hebat seperti parents dia,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih hampir 60,000 jumlah tontonan di Instagram.
Sekadar informasi, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2 dan Muhammad Fahri yang kini baru berusia 4 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Wawa Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Amylea dan Kaer yang bakal bersaing bersama 11 lagu lain di Pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 minggu hadapan turut berdepan dengan kritikan netizen.
Ini kerana, ada yang bersepsi bahawa lagu berkenaan hanya bersandarkan kepada populariti drama Nur semata-mata.
Diajukan mengenai persoalan tersebut, rakan duet ini mempunyai pendapat sendiri. Kata mereka, kekuatan Tak Perhah Hilang adalah kerana gandingan antara lagu dan drama berkenaan yang saling berkait.
Namun ada sesetengah netizen memberi pendapat bahawa lagu ini layak ke Pentas AJL 33
oleh kerana populariti drama tersebut.
“Saya sendiri sebagai komposer, untuk tulis lagu soundtrack almost 17 soundtrack dah. It’s not about macam drama itu sendiri, tapi ialah kekuatan both, lagu itu sendiri dan juga drama itu.
“Kita sentiasa titik beratkan kualiti ia pasti akan menjadi dual impact”
“Kekuatan sesuatu lagu itu berbalik kepada pengisian dan juga susunan lagu tersebut. Bukan kerana populariti drama tersebut yang membolehkan lagu tersebut berjaya ke Pentas Anugerah Juara Lagu 33,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, kedua bintang ini mengakui pencapaian lagu tersebut juga merupakan usaha keras mereka yang membolehkan lagu ini berjaya, selain sokongan semua pihak.
Tambahaban pula, lagu berkenaan dipilih berdasarkan dari penjurian para juri profesional.
Untuk Amylea dan Kaer, MH mengucapkan semoga berjaya dan berikan yang terbaik untuk AJL33 nanti.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Apich Lo ralat apabila perjalanannya di program realiti Big Stage Alpha terhenti di minggu pertama sekali gus gagal meloloskan diri ke ‘Big 12’.