Hari ini genap 40 hari pemergian ibu penyanyi, Linda Rafar mengadap Ilahi.
Lantas,Linda telah memuat naik video momen sedih sebelum Allahyarham Rasimah Abd Rahman dikebumikan.
“Al-fatihah mak..,
Genap 40 Mak pergi hari ni…
“Tiada yg dpt Linda hadiah kan lagi utk Mak selain doa,sedekah serta tahlil buat mak….
Linda sayang Mak sgt2…
“mcmne nak ckp Linda pon tak tau tp setelah Mak takde hidup Ni kosong sekosong kosongnyaaa Mak… hanya pd allah Linda menangis Dan mengadu nasib..
“Mak Linda harap Mak tenang Di Syurga allah bersama para nabi Dan Rasul.. tunggu Linda ye mak,” tulis Linda.
Video berdurasi satu minit itu telah mendapat lebih 5,000 tontonan dengan berlatarbelakangkan lagu Di Telapak Kaki Ibu nyanyian Aisyah.
Terdahulu, arwah yang berusia 73 tahun itu meninggal akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.
Video : IG Linda Rafar