Pasangan selebriti popular, Johan dan Ozlynn sangat sinonim dengan karakter ‘gila-gila’ dan sempoi.
Baru-baru ini, Ozlynn ada merakam aksi dimana Johan sedang mendukung anaknnya, Nur Latifah Moleiq Hanania yang sedang ‘meneran’ untuk membuang air besar.
Menerusi kapsyen video itu, Ozlynn ada sertakan dedikasi buat suami tercinta.
“Sbb tu Allah hantar u kat i.. sb u je yg boleh lengkapkan kekurangan yg ada dlm diri i.. dan i je yg boleh terima bau haram jadah u syg… sian dia bermcm org jumpa.. kdg org yg jumpa terlalu excited trus pelok.. kadang bila dh bermcm peloh bergaul mmg jd bau mcm alas meja mamak yg dh 10 tahun x tukar.. tp sian pd yg jumpa nak bergambar berbau harum tp pastu dtg kat laki kita bau ucuk lak kan.. padahal bukan sb laki kita tau.. bermcm peloh org bercampor aduk dgn peloh sendiri bila berholiday di tmpt panas..
abes xkan nk ckp ngan org.. eh sorry bdn sya tgh berpeloh atau tgh wangi nih.. jgn pelok2 eh.. x boleh.. kita akan happy bila tgk riak muka org yg happy bila dpt berjumpa n bergambar dgn kita.. cuma kdg ada la sorg dua yg kekwat bila nak bergambar tuh.. main rentap2 baju kdg lengan kita .. kita nih kdg ngah dukung baby smp nak tersungkur.. yg nih x baguih ok.. xmo buat mcm nih..
tau happy tp jgn kasar sgt.. kdg anak2 kami tgk je org dok bodoh2 kan laki kita.. yg tu kami marah!! Mmg kena sembur depan2.. tp mmg jarang dan ssh la nk jumpa org mcm nih.. mungkin kdg lepas yg ke 100k baru jumpa sorg??.. Sb rata2 yg jumpa sume baik2 belaka dan menghormati org, ” tulis Ozlynn memuji Johan.
Video tersebut telah mendapat hampir 50,000 tontonan dan dihujani komen yang pelbagai dari netizen yang terhibur dengan aksi anak-beranak itu.
Untuk rekod, Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq,Cantiq dan Moleiq.
Foto : Instagram Jozlynn