Penyanyi remaja, Asad Motawh ada berkongsi keratan video pendek yang merakamkan insiden dirinya yang tiba-tiba terjatuh, kemungkinan ditarik para peminat fanatiknya.
Kejadian berlaku ketika bintang itu sedang membuat siri jelajah bagi mempromosikan single terkininya yang berjudul Percaya di Sabah.
Menerusi Instagram, dia memberitahu dia tidak apa-apa.
Ads
“I nearly died…. no need to worry, im totally fine! A few bruises wont kill me. thank you SABAH! #percayatour,” tulisnya ringkas.
Pelakon yang bakal muncul menerusi single Jika Aku Tahu mendedahkan rakan-rakan baiknya sebelum ini masih ada berhubung.
Cuma buat masa sekarang, dia lebih gemar untuk beri fokus terhadap kerjayanya yang kini ‘baru’ bermula.
“Kawan-kawan baik saya semuanya ada lagi. Cuma sekarang saya lebih berhati-hatilah dalam pilih kawan. Cuma pada saat sekarang saya mahu fokus pada kerjaya, lebih daripada segalanya,” katanya kepada MH.
Ditanya siapakah individu yang banyak memberi dorongan untuk terus bangkit dalam dunia seni tempatan, bintang ini mengakui orang sekeliling banyak memberikan pengajaran.
Selebihnya, ia bergantung kepada diri sendiri.
“Diri saya sendiri. Orang lain hanya memberi pengajaran dan teladan untuk saya lebih berhati-hati. Misalnya pengalaman saya dengan netizen buat saya lebih berjaga-jaga, lebih matang dan mengenali diri.
“Saya kena jaga dan hormati orang lain juga. Kalau dulu mungkin saya tidak ambil serius dalam industri, tapi masih ada yang nampak akan diri saya,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Fathia kini kembali membuka akaun Instagram dan turut berkongsi beberapa foto terkininya.
Pelakon Datin Almy Nadia ada berkongsi gelagat dan ragam anaknya, Arianna dan Aurora yang telah memulakan sesi persekolahan sejak minggu lalu.
Kongsi Almy, telah berlaku insiden anak perempuan sulungnya iaitu Arianna yang menangis untuk tidak mahu pergi ke sekolah.
Malah, isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz itu turut berkongsi momen kejadian tersebut menenusi akaun Instagram miliknya.
“Sesi drama air mata.. Hampa p tgk pic sebelah sebalah pic last skali jugak paling cool
Minggu ke -2 kakak buat hal
Minggu pertama kakak adik steady
“Yg mama over risaukan si adik
Abaikan si kakak sbb igt kakak besar leh jaga diri x nagis bagai Tapi mama salah yer
“Si kakak lagi teruk perangainya
Nagis,nagis dlm kelas, nagis sblm g sek, nagis,muntah,moody,dlm sek nagis alasan takut adik hilang Si adik cool,steady
“Rapatnya adik beradik ni mama harap sampai ke akhir hayat la korang still bff
Tapi mama takleh brain awat kakak dok nagis nagis nak mama nak mama
“Kat rumah semua org dia sakat ngan mama suka buat mama naik hantu anak ohh anak … @fizzfairuzofficial @badrulhanapi22 @zurinafanizan @ahmadfanizan @idanua @eiramahierah @areshuzura @ozyazeya,” tulisnya panjang lebar.
Almy mendirikan rumah tangga bersama pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014.
Pasanganini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Foto: Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!