Baru-baru ini aktor Hollywood, George Clooney telah menjadi tetamu undangan di program popular The Ellen DeGeneres Show.

Dalam temu ramah tersebut, mereka telah membincangkan tentang usaha mereka untuk menentang tindakan Sultan Brunei yang melaksanakan hukuman buat pelaku LGBT andai disabitkan bersalah.

Katanya, Brunei hanya sebuah negara kecil yang memiliki penduduk sebanyak 450,000 namun mereka telah pun melampaui undang-undang dengan melaksanakan hukuman rejam sampai mati terhadap pesalah zina dan seks sejenis.

“Saya dan anda (Ellen) telah pun melancarkan usaha untuk memboikot perkara ini sebelum undang-undang ini dilaksanakan lagi tetapi ia sudah terlambat.

IKLAN

“Namun kami boleh menjadikan ia sesuatu usaha yang sukar untuk dilakukan dengan cara memboikot segala hotel kepunyaan Sultan Brunei.

“Mungkin perkara tersebut tidak mejejaskan orang kaya sepertinya. Kita tidak mampu untuk memalukan orang jahat tapi kita boleh memalukan sesiapa sahaja yang melakukan urusan perniagaan dengannya.

“Bila bank dan institusi kewangan mula berhenti menjalankan urus niaga bersamanya mungkin dia akan berhenti dan berubah,” jelasnya.

IKLAN

Tambah Clooney lagi, usaha ini adalah sebagai satu amaran buat negara seperti Indonesia dan Malaysia yang mula mempertimbangkan untuk melaksanakan undang-undang seperti ini juga.

“Usaha kami ini belum ditetapkan lagi kerana banyak perkara yang harus dilakukan tetapi ini merupakan satu langkah ke hadapan untuk menentang pemikiran mundur ini.

IKLAN

“Apa yang paling penting, ini adalah satu amaran buat negara seperti Indonesia dan Malaysia yang mula mempertimbangkan untuk melaksanakan undang-undang seperti ini juga.

Malah, entri Ellen yang turut menyenaraikan senarai hotel yang diboikot turut terpapar pada skrin.

https://www.youtube.com/watch?v=NJ-QVT2YywA

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI