Hari ini genap setahun pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura bergelar suami isteri.
Bagai tidak jemu-jemu melihat kemesraan pasangan ini yang sentiasa bersama dalam mana-mana majlis keramaian.
Justeru, Fattah telah memuat naik sebuah video beserta lirik lagu yang mendalam buat isteri tercinta.
Paling Sempurna
Terlerai sudah pencarian kasih
Takdir bertemu ketentuan ilahi
Dia wanita sempurna
Selama ini ku nanti
Hadir tak diduga
.
Sudah tertulis
Ditakdir bersama
Ikatan rindu menyatu kita berdua
Sungguh rasa bersyukur
Ditemukan lelaki yg paling sempurna
.
Kita memang ditakdir bersama
Hidup bahagia di istana cinta
Berjanjilah sayang
Kita hidup bersama
Hingga ke hujung nyawa..
Dalam pada itu, Fattah bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana dikurniakan isteri yang sangat memahamai dirinya.
Alhamdulillah genap setahun bahtera perkahwinan ini, Ku bersyukur di pertemukan oleh Allah dengan isteri yang Paling Sempurna pandai menjaga ku, ibu bapaku, keluargaku dan semua kenalan ku, Ya Allah kau kuatkan lah bahtera perkahwinan ini semoga kami dapat terus berlayar hingga ke Syurga Firdausi Mu Ya Allah Rabbal Alamin.
Susulan itu, netizen turut mendoakan kebahagian pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu.
Wah! Sweet couple betul Fattzura ni,kan?
Apa-apa pun MH ucapkan semoga kalian kekal bahagia selamanya hingga syurga.