Teka-teki sudah terjawab! Akhirnya, usahawan Tya Arifin telah mendedahkan jantina kandungannya. Jawapannya ialah ‘It’s a Girl’.
Berita gembira itu dikongsikan Tya yang juga menantu kepada penyanyi tersohor negara DS Siti Nurhaliza di Instagramnya.
“Alhamdulillah. Video ini Tya buat dalam bulan December tahun lalu. Terimakasih Ya Allah atas rezekimu. It’s a Girl.
“Yang Tya harapkan adalah semoga baby dan Tya sehat wal’afiat, mohon doa dari semua, memandang beberapa minggu lagi Tya akan bersalin, semoga semuanya berjalan lancar. Terimakasih semua ,” tulisnya.
Pelakon dan pengarah, Sheila Rusly hari ini ada menitip ucapan sempena hari jadi pelakon cantik, Dayana Roza.
Malah, foto yang dimuat naik Sheila di Instagramnya itu melihatkan dia bergambar bersama Ayda Jebat.
“Jadilah cahaya walaupun tak tersentuh. Tapi selalu menerangi.Jadilah angin. Walaupun tak nampak tapi selalu memberi kesejukan.
“Jadilah insan sejati walaupun tidak bersama menjalani hari tapi tetap dihati.. Happy birthday @dayanaroza #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Menerusi komen terhadap gambar tersebut, Dayana juga ada memberikan respon.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang kurang senang melihat gambar mereka bertiga, tanpa ketiadaan Janna Nick yang pernah menjadi akrab suatu ketika dulu.
Terdahulu, Sheila pernah meluahkan rasa terhadap Janna dan sudah menerima serta memaafkan pelakon Leftenan Zana itu atas perselisihan faham yang berlaku yang melibatkan keluarga pengarah berkenaan.
Bagaimanapun, baik Sheila dan Janna, masing-masing tidak mendedahkan punca perselisihan yang berlaku.
Pernah melalui fasa penceraian, pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj. Nawawi menitipkan pesanan buat pasangan yang ingin bercerai agar sentiasa bersikap rasional bila membuat keputusan mengenai hak penjagaan anak.
Menurut Aznil, dia dan isteri bercerai secara baik dan masih boleh berbincang bila melibatkan soal anak-anak.
“Bila melihat proses yang dilalui dua pasangan yang pernah bercinta, menjadi suami isteri, tinggal sebumbung dan tidur sebantal tapi akhirnya berlaku percakaran di media sosial dan mahkamah.
“Daripada pengalaman saya yang lalu, saya tak melalui fasa bertekak di mahkamah. Zaman saya tiada media sosial. Kebanyakkannya kita memujuk diri untuk bersabar.
“Tak semestinya pihak lelaki sahaja perlu bersabar, bekas isteri pun sama juga. Kalau tak sabar, memang banyak hal yang boleh dilakukan. Namun, kesabaran ada hadnya,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, isu mengenai perebutan hak penjagaan ini hanya akan memberikan kesan buruk kepada mental anak-anak bila mereka meningkat dewasa.
“Zaman sekarang lebih bahaya. Perkara ini akan terus tersimpan di dalam khazanah bila ia dijadikan bahan berita. Sampai mati berita itu akan ada.
“Ketika ini, anak-anak mungkin masih kecil tapi percayalah bila mereka berusia 16 tahun, ia akan mengganggu hubungan kasih sayang antara ibu dan ayah.
“Pesan saya, kedua-duanya perlukan masa bertenang. Bila berlaku sesuatu perkara, jangan terus nak ambil tindakan seperti membalas dendam atau menemplak bekas pasangan.
“Inilah perkara yang setan suka. Tak habis dengan penceraian, mereka nak pecah belahkan hubungan keluarga pula,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bekas pengacara program Akademi Fantasia ini turut menasihati pasangan yang ingin bercerai untuk punyai perasaan mengalah demi kebaikkan anak-anak.
“Kalau isteri nak jaga anak, beri sahajalah. Kalau isteri beri hak menjaga anak, jagalah sebaiknya. Ikutlah siapa yang perlu beralah. Ada kalanya kita tak mahu mengalah disebabkan ego.
“Lebih teruk apabila hubungan kita dicampuri oleh orang lain. Itu antara punca dua pihak melenting. Sangat sukar untuk kita memotong ‘nasihat-nasihat’ daripada pihak luar.
“Lebih panjang cerita bila ia turut melibatkan nasihat peguam. Peguam hanya menjalankan tugas untuk memenangkan anak guam.
“Bukankan ini merupakan satu perang yang besar. Jadi, bawa bertenang,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Aznil turut menegaskan kepada para bapa untuk tidak berhenti menjalankan tanggungjawab meskipun berdepan pelbagai dugaan.
“Tanggungjawab suami dan bapa wajib dibuat. Katalah isteri tak bagi jumpa anak, adakah anda harus melepaskan tanggungjawab? Tidak.
“Anda tetap kena jalankan tanggungjawab seperti hantar anak sekolah, sediakan pakaian dan makan minum. Walau tak dapat berjumpa, bawa bertenang,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada pelakon Yana Samsudin, Fadzil Zahari mengimbau detik empat tahun lalu sewaktu mula menjalankan perniagaan Ayana Hijab.
Kongsinya, dia telah menempah kira-kira 8000 meter kain dengan empat warna berbeza dan dijanjikan untuk mengambilnya dua bulan sebelum raya.
Namun cukup mengecewakan apabila tempahan yang dibuat hanya siap satu minggu sebelum raya dan akibatnya, kain tersebut hanya tersidai di dalam kedai.
Dakwa Fadzil, itulah cara yang digunakan kapitalis untuk ‘membunuh’ peniaga kecil yang menjadi saingan dalam dunia perniagaan.
“Teringat lagi raya 4 tahun dulu, masa buat @ayanahijab kami order kain 8,000 meter. Janji ok kain 4 kaler ni u boleh mari ambik 2bulan sebelum raya, kami terus letak deposit 50% ONZzz.
“Tunggu punya tunggu, seminggu sebelum raya baru terima kain.
“Seminggu nak raya baru dapat kain nak buat tudung raya jadah hapa… pastu hangpa tau dak?? Kaler pun salah… hang rasa macamana?
“Tak boleh tukar balik & tak sempat dah pun nak tukaq balik, last2 jadi apa kain tu berlonggok je la dalam kedai kami tak sempat buat apa.
“Tu la cara kapitalis nak bunuh peniaga kecik yang ada saingan pada produk dia, ada paham?,” dakwanya.
Pada masa sama, bapa kepada seorang cahaya mata ini juga menjelaskan, rupanya ramai peniaga turut menjadi mangsa.
“Dah la juai kain dengan orang orang macam kami, dia sendiri pun juai tudung, dia sendiri pun juai baju raya. Baju kat butik kami jual harga RM180, dia bunuh orang2 macam kami dengan jual baju harga RM10.
“Ingat kami sorang ja kena camni, rupanya ramai lagi yang kena, ada yg depa tiru design baju sebijik pastu jual harga lagi murah, habis.
“Ada tokey yang dah tak ambik supply ngan depa diganggu bisnesnya, hantaq orang buat kacau kat tempat bisnes baru tokey tuh, kesian baq hang.
“Yang pernah kena paham paham la kan,” tulisnya panjang lebar.