Teka-teki sudah terjawab! Akhirnya, usahawan Tya Arifin telah mendedahkan jantina kandungannya. Jawapannya ialah ‘It’s a Girl’.

Berita gembira itu dikongsikan Tya yang juga menantu kepada penyanyi tersohor negara DS Siti Nurhaliza di Instagramnya.

“Alhamdulillah. 
Video ini Tya buat dalam bulan December tahun lalu. 
Terimakasih Ya Allah atas rezekimu. 
It’s a Girl. 

“Yang Tya harapkan adalah semoga baby dan Tya sehat wal’afiat, mohon doa dari semua, memandang beberapa minggu lagi Tya akan bersalin, semoga semuanya berjalan lancar. 
Terimakasih semua ,” tulisnya. 

IKLAN

Video tersebut memaparkan reaksi mereka sekeluarga berteka-teki jantina kandungan Tya.

IKLAN

Malah, Tya membuat kejutan dengan cara meletakkan cebisan kertas di bahagian meja dan meminta setiap ahli keluarga membukanya.

IKLAN

Lantas, perkara itu membuatkan mereka sekelurga teruja dan gembira.

Untuk rekod, Tya dan suaminya, Asyraf mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan anak lelaki, Arif Jiwa, 2 tahun.

Video : Instagram Tya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI