
Instafamous, Mikhail Isaaq telah memuat naik video di Instagramnya beberapa jam lalu.
Menggunakan nama Mizi Saaq di laman media sosial, dia dilihat sedang ‘berselimutkan’ wang kertas.
“Bangun bangun dari mimpi je terus dapat banyak duit, apa lg pergi lari belanja habis habis la,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, netizen telah menegur cara Mikhael dan beranggapan dia seolah-olah bersifat riak.
Selain itu, Mikhael juga sering berkongsi cara kehidupannya bersama isteri tercinta, Hajar Hanif.
Video : Instagram Mizi Saaq
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ziarah Bapa Kehilangan Anak Akibat Dibaham Buaya, Ebit Lew Hadiahkan Sebuah Bot & Enjin

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew akui tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi bapa yang baru sahaja kehilangan anaknya akibat dibaham buaya baru-baru ini.
Menurut Ustaz Ebit, bapa tersebut masih lagi teringat-ingatkan anaknya kerana mereka dikatakan sangat akrab.
“Ziarah abang yang anaknya dibaham buaya. Dari Jakarta terus ke Sabah ziarah abang ni. Menangis saya masa melihat kejadian itu. Anaknya umur dua tahun. Teringat-ingat.
“Berulang abang tu cakap ‘Anak saya belum jumpa. Anak saya belum jumpa lagi. Anak saya belum balik.
“Anak itu penemannya ke mana-mana. Rapat dengannya. Jauh pandangannya. Termenung jauh. Depan mata dan berusaha berenang mencari anaknya walau bahaya menanti,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan oleh Ustaz Ebit menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut menghadiahkan keluarga tersebut sebuah bot beserta enjin bagi meringankan beban mereka.
“Itulah seorang ayah. Begitulah sifat ayah sanggup beri nyawa demi anaknya. Sabar ya abang. Berat ujian abang. InsyaAllah jumpa di sana nanti. Ya Allah beri ketabahan pada abang ini.
“Kami hadiahkan bot dan enjin untuknya. Beri sedikit kata semangat dan doa.
“Disaat kita rasa ujian kita berat ada orang jauh lebih berat ujiannya. Bersyukurlah dalam hidup ini. Hargai apa yang kita miliki.
“Terima kasih @nhtravelsabah mudahkan kami beli bot dan selalu menyediakan kenderaan untuk kami sepanjang kami di sana. Terima kasih yang bersama kami di Pertubuhan Kasih Umat Malaysia,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh selain turut mendoakan agat keluarga tersebut terus diberikan kekuatan bagi menghadapi dugaan berat ini.
Sehingga kini, video yang dikongskian oleh Ustaz Ebit itu telah pun meraih lebih 1.3 juta tontonan dan dihujani ribuan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Spontan & Tanpa Bayaran, Amir Masdi ‘Tawan’ Kapal Mewah, “Saya Fikir Lebih Baik Buat Sesuatu Yang Bermakna.”

Penyanyi berbakat besar Amir Masdi membuktikan dia memiliki kualiti persembahan tersendiri apabila berpeluang menghiburkan pengunjung di atas kapal mewah Genting Dream Cruise, baru-baru ini.
Tanpa dirancang, Amir yang membuat persembahan di atas kapal persiaran itu membuatkan ribuan penumpang dari pelbagai negara yang bercuti di dalam perut dilihat teruja dan tidak berganjak menonton persembahannya.
Malah, persembahan yang dibuat tanpa bayaran itu adalah sebagai ‘hadiah’ bagi meraikan kelahiran single terbaharunya berjudul Sengaja.
“Saya fikir lebih baik lakukan sesuatu yang bermakna selepas berjaya melancarkan single baharu Sengaja mengapa tidak saya cuba pengalaman baharu persembahan di atas kapal ketika belayar.
“Bukan soal bayaran atau apa, tapi saya rasa puas apatah lagi ini pengalaman pertama seumpamanya. Bila lihat orang luar menghargai muzik dan artis tempatan rasanya itu yang lebih berharga,” katanya.
Finalis Anugerah Juara Lagu ke-37 menerusi lagu Debu yang turut menampilkan Dayang Nurfaizah melakukan persembahan itu ketika menyertai stesen Suria FM yang berjaya mencatat The Malaysia Book of Records bersiaran langsung dari atas atas kapal persiaran mewah berkenaan.
Persembahan berlangsung ketika kapal itu dalam pelayaran dari Singapura ke Pelabuhan Klang.
Difahamkan Amir turut mendapat tawaran persembahan sebaik selesai menyampaikan kira-kira lapan lagu pada malam berkenaan.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai single Sengaja ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik, Amir mengakui teruja dapat bekerjasama dengan mereka.
“Saya bertuah kerana dapat bersama mereka dan paling bermakna lagu ini juga dihasilkan dengan perbincangan antara kami.
“Mereka kenal dan fahami saya serta karakter nyanyian dalam karya Sengaja ini. Meski proses rakamannya bukan mudah kerana masing-masing mahukan hasil terbaik tapi saya rasa berbaloi,” katanya lagi.
Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi turut menambah, dia terus jatuh cinta dengan lagu Sengaja apabila kali pertama mendengar demo karya tersebut.
“Pertama kali saya dengar demo lagu ini, saya rasakan Sengaja sebuah lagu yang sangat bagus. Lagu ini mengisahkan seorang individu yang memendam perasaan di mana dia meluahkan dalam lagu ini bahawa dia selalu dipersalahkan.
“Apa sahaja yang dibuat pasti dia akan dipersalahkan. Jadi, dia meluahkan perasaan geram dalam lagu ini,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kemenangan Sebenar Bila Peminat Kenal Saya Walau Cuba Menyamar,” – Stacy Terpaksa ‘Kunci Mulut’

Meskipun ramai yang meneka identitinya di sebalik maskot Bunga Matahari, namun penyanyi Stacy menyifatkan kemenangannya menerusi Masked Singer Malaysia Musim Keempat (TMSM4) sebagai sesuatu yang bermakna.
Malah juara terbaru edisi TMSM4 itu terharu apabila peminat mengenali dirinya sejak awal menyertai pertandingan itu.
“Bagi saya itu kemenangan sebenar bila peminat mengenali saya walaupun cuba menyamar.
“Mereka begitu mengenali saya dan yakin Bunga Matahari ialah saya sejak awal walaupun saya mengunci mulut,” katanya.
Stacy menambah, para peminatnya difahamkan telah sudah mula mengundi sejak pusingan awal pertandingan berkenaan.
“Mereka mesej saya dan beritahu walaupun saya tidak mengaku mereka tetap undi dan sokong Bunga Matahari,” katanya.
Mengakui dia yang memilih kostum bunga tersebut, Stacy juga pernah hampir pitam iaitu ketika menyampaikan lagu Run The World.
“Baju berkenaan berat dan sebenarnya menghadkan pergerakan dan tarian, mujur semua membantu dan berikan kerjasama.
“Pada masa sama saya rasa kembali muda dan mengimbau dalam pertandingan dalam Akademi Fantasia,” katanya.
Stacy diumumkan juara TMSM4 menewaskan empat pesaing lain dalam pertandingan yang berlangsung malam tadi.
Selebriti lain di sebalik topeng ialah Mat Helang (Namie), Sang Kancil (Danial Zaini), Biskut Aiskrim (Adinda) dan Teratai (Nabila Razali).
Peserta TMSMY4 diadili barisan juri tetap antaranya Datuk Aznil Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.
Malah, penonton juga mempunyai kuasa menentukan juara dengan undian 20 peratus.
Sementara itu, pengacara, Datuk AC Mizal menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program itu yang berlangsung secara langsung selama 10 minggu di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur.
TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI