Penyampai radio dan pengacara, Issey Fazlisham ada berkongsi video di akaun Instagram yang dikemas kini.
Video tersebut memaparkan aksi Issey yang dalam keadaan bengang apabila menjadi ‘mangsa’ tandas awam.
“Saya buat video ni lepas sy jadi mangsa tandas awam yang kotor. Jom kita disiplinkan diri. Jangan la harapkan cleaner jer nak bersih kan.
“Bahan buangan kita, tanggungjawab kita! #gengissey #vlogharimimgguissey,” tulis Issey di ruangan kapsyen.
Anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan itu juga turut meluahkan rasa tidak puas hatinya berkenaan perkara tersebut.
“Assalamualaikum, Issey ada 4 point penting berkenaan tandas awam.
“Pertama kau kena ingat, lepas guna tandas tu, ada orang lain lagi nak guna.. Jangan tinggalkan bahan terlarang! Ikan keli kat situ! Jangan!
“Kedua, jangan cangkung atas jamban. Disipilinkan diri. Aku tak sanggup duduk atas tapak kasut kau!
“Ketiga, kencing tempat sepatutnya. Jangan kau kencing merata dan bersepah! Hancing tahu tak! 10 meter dah ada bau!
“Keempat, benda paling simple dari kecil kita belajar iaitu flush!
“Sekian terima kasih!,” katanya dengan nada lantang dan tegas.
Lalu, netizen bersetuju dengan pendapat yang dikemukan Issey itu.
Oleh itu, mari sama-sama kita menjaga kebersihan tandas awam untuk keselesaan bersama!
Video : Instagram Issey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Salah Baby Ni Sampai Dicampak Ibunya Dari Tingkat 4,” – Eisya Toh Minta Tolong Jangan Buang Bayi!
Baru-baru ini, berita bayi yang baru dilahirkan dilaporkan telah dicampak dari tingkat 4 sebuah flat di Bayan Baru, Georgetown, mendapat perhatian meluas daripada warganet.
Rata-rata sedih dan terkesan dengan berita yang dilaporkan. Eisya Toh misalnya ada meluahkan rasa sedih terhadap perkara tersebut.
Difahamkan, si ibu yang dikatakan baru berusia 18 tahun rasa panik lalu mengambil tindakan drastik sedemikian.
“APA salah baby ni smpai dicampak ibunya dari Tingkat 4. Ibunya seorg gadis berusia 18tahun, hamil luar nikah tanpa pengetahuan keluarga.
“Panik dgn kelahiran anak ini, gadis itu terus buang bayi ini dari tingkap dapur flat rumahnya, Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru dekat Georgetown,” tulisnya pada entri di Instagram.
Dalam pada itu, Iesya memaklumkan dia sendiri sebelum ini pernah memberi bantuan dan sokongan moral kepada ibu yang menghadapi masalah sama.
Semuanya dibuat agar tidak berlakunya lagi kes pembuangan bayi.
Pada masa sama, Iesya menjelaskan dia tidak mahu menghukum, sebaliknys mahu membantu kepada mana-mana individu yang berdepan hal sedemikian.
“Adik2, kak Sya dah jaga 15babies, kesemuanya Alhamdulilah sihat,ibu2 mereka semua dah menjalani kehidupan yg lebih positive tanpa perlu terkesan seumur hidup.
“Jgn risau identiti gadis2 ini sekali pun kak Sya xpnh dedahkan. I’m here to help, not to judge!#JgnBuangBaby #PlsDMKakSya,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on
Sekadar maklumat, bayi malang tersebut didakwa dicampak oleh ibu , pada Rabu.
Lalu, bayi dan remaja berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana dakwaan menyembunyikan kelahiran.
Foto: Instagram Iesya Toh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengalaman Jadi Kelebihan Bulan Asyraff, Syafiq Sahli & Shazreen Shaharum, Intai Peluang Ke Gimme The Mic Global!
Juri sepakat untuk tidak melakukan penyingkiran menerusi saingan minggu ketiga program realiti, Gimme The Mic Malaysia, yang bersiaran secara langsung dari Auditorium CIDB, Cheras, Kuala Lumpur, malam tadi.
Sekaligus, ia memberi peluang kepada 14 peserta bertanding untuk mara ke minggu seterusnya bagi merebut gelaran juara pertama Gimme The Mic Malaysia dan meneruskan cabaran ke Gimme The Mic Global.
Bagi tiga pesertanya iaitu Bulan Asyraff, Syafiq Sahli dan Shazreen Shaharum, masing-masing optimis meneruskan saingan seterusnya berjanji untuk memberikan persembahan terbaik minggu hadapan.
Black berikan nama ‘Bulan’, seorang penyanyi jalanan
Menduduki dalam senarai enam peserta teratas yang meraih markah tertinggi iaitu sebanyak 62.27%, Bulan Asyraff sebelum ini pernah menyertai beberapa program realiti.
Rupanya, ‘Bulan’ yang digunakannya sebagai nama komersial telah diberikan oleh penyanyi Black Hanafiah sewaktu dia awal-awal menyertai pertandingan nyayian dan dia berjanji untuk terus mengekalkan nama itu sampai bila-bila.
“Memang saya aktif menyanyi dan sering buat ‘busker’ di merata-rata tempat. Selagi ada ruang dan peluang, saya akan cuba. Saya penyanyi sepenuh masa dan ini cara saya cari makan.
“Apa pun, masih banyak yang perlu saya belajar dan tak mahu selesa dengan pujian meski ramai yang kata tone suara saya unik. Cuma bagi saya, ia satu kelebihan dan rezeki dariNya.
“Bila dapat buat Bunga Citra Lestari (BCL) menangis ketika membuat persembahan, saya bersyukur bila ada yang dapat menghayati, tapi risau juga sebab semestinya jangkaan juri dan penonton akan lebih tinggi untuk minggu seterusnya,” katanya.
Sama seperti peserta lain, Bulan turut pasang impian melangkah sehingga ke peringkat Gimme The Mic Global.
“Saya sangat berharap… Bergelar juara itu rezeki. Ini impian dan cita-cita saya bila berada dalam pertandingan ini. Semestinya, ia pencapaian terbesar di dalam hidup,” katanya.
Terdahulu, Bulan Asyraff menyampaikan lagu I Got You (I Feel Good) yang dipopularkan oleh James Brown.
Syafiq Sahli dari dunia lakonan, aktiviti paranormal & nyanyian
Bagi peserta berusia 38 tahun ini pula, dia optimis untuk terus meneroka peluang yang ada, termasuk menerusi platform media sosial seperti TikTok.
“Saya memang nak besarkan empire ‘live streaming’ saya di TikTok. Sebenarnya nyanyian bukan menjadi konten utama memandangkan saya lebih cenderung dengan program eksplorasi paranormal.
“Cuma buat masa ini, saya rehat sekejap daripada meneruskan aktiviti tersebut khusus bagi memberi tumpuan terhadap Gimme The Mic. Meski ramai peserta yang hebat namun itu bukan alasan untuk saya sama-sama bersaing,” katanya.
Dalam pada itu, Syafiq akui pengalamannya sebagai pelakon membantu untuk mencantikkan persembahannya tiap minggu.
“Sebenarnya saya sudah 12 tahun ada pengalaman sebagai pelakon dan telah diajar secara teknikal untuk menghayati perasaan. Lalu ilmu yang ada saya cuba untuk terjemahkannya di atas pentas.
“Mungkin kekuatan saya bukan dari sudut vokal tapi untuk sisi penghayatan dan mood, kelebihannya ada di situ dan moga dapat menambat hari para juri,” katanya yang tidak terkesan dengan kritikan netizen yang memintanya untuk fokus dalam lakonan sahaja selepas ini.
Ijazah Pendidikan Muzik, Shahreen Shaharum intai peluang bergelar penghibur
Sementara itu, Shazreen Shaharum, 28, mahu membuktikan kebolehannya di pentas lebih besar meski pernah menyertai pelbagai program realiti nyanyian sebelum ini.
Baginya, peluang membuat persembahan secara langsung di hadapan penonton secara langsung mampu memberi keyakinan kepada mana-mana individu yang mahu ke depan.
“Pada saya, Astro dan Tik Tok merupakan platform yang sangat besar, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mencari peluang rezeki di media sosial. Ia jadi ruang kepada saya juga untuk lebih dikenali sebagai dapat ambil ilmu baharu.
“Saya memang suka menghiburkan orang dan punya impian untuk bergelar penghibur. Idola saya ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri dan Aina Abdul,” katanya.
Tambahnya lagi, untuk menjadi penghibur yang mempunyai identiti tersendiri, dia perlu berani bereksperimen dari segi imej bagi memberikan kelainan dalam persembahan.
“Saya sangat suka dengan benda-benda yang cantik dan ekstravaganza. Bila menyanyi, saya perlu kelihatan cantik untuk menambahkan keyakinan.
“Malah saya terbuka untuk berkerjasama dengan mana-mana pereka fesyen. Jika mereka nak berkarya tapi tak tahu nak perkenalkannya di platform mana, beri rekaan anda kepada saya,” katanya lagi.
Dia yang mesra disapa Shaz turut berharap agar peminat dapat memberikan sokongan untuk mara ke peringkat global.
“Tanya mana-mana peserta pun mereka pasti nak ke peringkat global. Saya tak pernah lagi mewakili negara ke luar. Kalau ada rezeki, ada yang sudi undi dan suka dengan persembahan saya, doakanlah yang terbaik,” katanya lagi.
Semalam, Shaz meraih markah sebanyak 64.24% menyampaikan lagu I L U dendangan asal Aepul Roza.
Juara TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, kira-kira RM9,300 (AS$2,000) daripada Tiktok selain tawaran projek lagu single tajaan Astro dan Rocketfuel.
Sementara Enam peserta terbaik pula bakal dipilih mewakili Malaysia untuk bersaing dalam saingan Gimme The Mic Global bersama peserta negara lain seluruh dunia.
Kesemua peserta diadili juri tetap iaitu Ajai, Yuna, Hael Husaini dan BCL dari Indonesia.
TikTok LIVE Astro Gimme The Mic Malaysia bakal bersiaran selama lapan minggu setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan On Demand. Penonton juga boleh strim di Astro Go dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Allah Bagi Rasa Nikmat Jadi Ibu Minggu Lepas Tapi…,” – Elizad Sharifuddin Keguguran, Tak Putus Ikhtiar Dapatkan Zuriat
Pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin memaklumkan telah mengalami pendarahan dan keguguran selepas disahkan hamil minggu lalu.
Elizad atau nama lengkapnya Siti Elizad Sharifuddin berkongsi khabar berita itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Difahamkan, Elizad telah menjalani rawatan kesuburan pensenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan zuriat, awal Oktober lalu.
“Allah bagi rasa nikmat jadi IBU tu minggu lepas . Tapi DIA ambil balik. Terjentik sungguh “ RASA “ itu .
“Dimaklumkan pregnant minggu lepas . Masyaallah dia punya happy tak tau nak kata , sbb dah lama menanti , tapi kandungan x kuat & bleeding .
“Tak tau nak gambarkan perasan mcm mana . Terduduk seketika .
“Tak mengapa, Inshaallah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying. See you again Doctor on January 2021.
“Thank you to those who been very supportive & keep praying for my ivf journey.
“P/s : Now nak makan macam2 setelah beberapa hari “ merajuk hati “ . Ada sesiapa nak belanja makan2 ?,” tulisnya.
Sekadar informasi, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Shamsul memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Foto: Instagram Elizad Sharifuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI