
Pelakon Sharifah Sakinah ada memuat naik video ‘sambungan’ di Instagramnya sebentar tadi.
Video tersebut melihatkan gelagat anaknya, Anais Adha yang sedang menarik rambut si ibu.
“Nak tahu knp dia belasah Mummy? Tengok ig stories sakinah,” tulis Sakinah.
View this post on InstagramNak tau kenapa dia belasah mummy! Tengok stories sakinah .
A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on
Menjengah di Insta Storiesnya pula, Anais nampaknya terus bertindak ‘agresif’ dengan menarik rambut ibunya.
Bagaimanapun,Sakinah menjelaskan bahawa perkara tersebut adalah kerana anaknnya mahu dirinya mengenakan tudung.
“Anais, jangan lah tarik rambut mummy. tolong jangan pukul mummy.
“Ya, nanti mummy pakai tudung. Jangan tarik rambut mummy. Mummy janji mummy pakai tudung.
“Kalau mummy pakai sekarang, nanti mungkin mummy buka balik tudung mummy tu,” kata Sakinah menahan sakit.
Video : IG Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dewi Remaja, Shaza Bae Tak Ada Masa Untuk Cinta Lokasi! – “ Saya Tidak Mahu, Tidak Ingin & Tidak Akan Terjebak.”

Umum mengetahui, cinta lokasi antara lumrah yang biasa terjadi dalam industri hiburan tanah air mahupun antarabangsa.
Apabila para pelakon kerap kali bertemu di lokasi pengambaran dengan membawakan pula watak serta adegan berkasih-sayang, sudah tentu ada kalanya bibit-bibit cinta itu mulai terasa.
Bagaimanapun, pengacara dan pelakon, Shaza Bae cuba elak hal tersebut daripada berlaku kerana dia berpendapat cinta di lokasi boleh mengganggu konsentrasinya untuk memberikan mutu lakonan yang terbaik.
Jelas Shaza, sepanjang berada di set pengambaran, fokusnya hanya tertumpu mengenai soal kerja semata-mata.
“Cinlok (Cinta lokasi) itu wujud tapi bukan untuk saya. Saya tidak mahu, tidak ingin dan tidak akan terjebak InsyaAllah.
“Sebab kita pergi set nak kerja. Itu mindset saya. Saya tahu bila saya pergi ke set, saya berikan sepenuh komitmen. Saya sendiri tak tahu macam mana pelakon lain boleh bercinta di lokasi,” katanya kepada MH.
Menurut Shaza yang juga merupakan Juara Dewi Remaja 2019/2020 ini lagi, jadual kerja yang padat serta komitmen menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan mengenai soal tersebut.
“Bila saya pergi ke set saya hanya akan fikir mengenai cara lakonan saya. Saya tidak faham macam mana pelakon lain boleh ada masa untuk fikirkan hal tu.
“Saya hanya fokus pasal lakonan, watak dan macam mana wajah saya bila di hadapan lensa. Baju dan turutan babak pun nak kena fikir lagi. Kemudian nak lari pula pergi mengacarakan Hlive. Saya memang tiada masa untuk semua itu,” jelasnya jujur.
Dia pada masa sama menyifatkan masing-masing mungkin mempunyai pandangan berbeza.
Dalam perkembangan lain, Shaza ketika ini sedang sibuk mempromosikan drama terbaru lakonannya, Marry Me Seniorita arahan Michael Ang.
Ketika ramai yang menganggap dia kini merupakan ‘anak emas’ kepada Michael, Shaza menambah apa yang diperolehinya kini sebagai rezeki.
“Saya dah dua kali berlakon drama arahan Michael. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
“Saya ada satu lagi projek lakonan tapi bukan dengan Michael cuma dia yang mencadangkan nama saya pada produksi tersebut. InsyaAllah saya akan mulakan pengambaran minggu depan,” katanya.
Sumber Foto: Instagram Shaza Bae
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mungkin Saya Terlalu Bersungguh Soal Cinta…,” – Khabar Angin Kononnya Dah Selamat Bertunang, Ini Jawab Zizan Razak

“Tidak, tidak sama sekali.” Itu kata pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak apabila ditanya mengenai desas-desus yang mendakwa dia telah pun mengikat tali pertunangan, baru-baru ini.
Memberi penjelasan mengenai perkara tersebut, Zizan antara lain turut memberitahu perkara itu tidak berlaku sebagaimana yang didakwa memandangkan dia kini masih sendiri dan tidak mempunyai teman istimewa.
“Tak ada. Sejujurnya memang tidak ada. Saya tak ada girlfriend. Saya memang tengah solo dan memang saya dengar berita je orang bertunang,” selorohnya.
Zizan atau nama sebenarnya, Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, bagaimanapun menyambut positif perkara tersebut yang disifatkan sebagai satu doa yang baik dari peminat kepadanya.
“Soal saya bertunang memang tidak ada. Akan tetapi kalau kata ia satu doa yang baik, saya terima dengan sebaik-baiknya.
“Cuma buat masa ini, memang tak adalah,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada dia akan berkongsi berita gembira melibatkan sisi peribadinya kepada umum selepas ini, bintang Polis Evo itu menjelaskan tiada apa yang perlu disorokkan.
Sebaliknya, dia sendiri sudah pun pasangan niat untuk mendirikan rumah tangga andai bertemu jodoh sesuai.
“Sudah tentu saya akan kongsi. Memang saya berniat untuk bertunang dan berkahwin.
“Buat masa sekarang, saya lebih selesa untuk relak. Kalau ada jodoh sesuai, saya kahwin.
“Sebab sebelum ini pun, mungkin saya terlalu bersungguh mengenai soal cinta dan kahwin. Bila jodoh tak sampai, saya reda,” akuinya lagi.
Terdahulu, Zizan ditemui pada sidang media Ceria Megastar 2020 Akhir di Seri Kembangan, pada Sabtu.
Malam kemuncak program itu menyaksikan peserta termudanya, Putri Armani atau lebih mesra dengan sapaan Kowachee, 11, dinobatkan sebagai juara dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM25,000, sebuah trofi, pingat ‘Star of the Week’, dan baucar bernilai RM1,000 tajaan Legoland.
Sementara Nurul Maimanah atau Nana, 14, meraih gelaran naib juara, Adinda Tasya atau Adinda, 15, di tempat ketiga.
Penari cilik, Fariza Amira atau Ija, 17, yang mempersembahkan tarian lagu remix Work It (Missy Elliot) pula di kedudukan keempat.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tuhanku Berikanlah Kesembuhan Karena Kau Adalah Penyembuh,” – Hidap Kanser, Selebriti & Peminat Peminat Doakan Bapa Liza Hanim

Minggu lalu, Liza Hanim ada memberikan kata semangat bersama harapan khusus buat bapanya, untuk terus melawan penyakit kanser yang dihadapi sejak sekian lama.
Kongsi penyanyi Merawat Luka ini menerusi Instagram, bapanya merupakan seorang lelaki yang paling kuat pernah dikenali.
View this post on InstagramA post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on
“Ayah kena strong ye yah..Ayah fighter, the toughest man I know. Anak-anak ayah semuanya fight sekali.
“Tuhanku, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan karena Kau adalah penyembuh.
“Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyeksakan,” tulisnya panjang lebar.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat selain rakan artis turut sama mendoakan agar bapanya kembali sembuh seperti sedia kala.
Malah, ada yang meminta agar penyanyi ini tabah serta usah putus berdoa dalam menghadapi ujian dariNya.
Antara rakan selebriti yang telah meninggalkan komen bersama doa pada entri berkenaan termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Jaclyn Victor, Azhan Rani dan ramai lagi.
Foto: Instagram Liza Hanim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI