Kehangatan perlawanan bola sepak antara Malaysia-Mynmar merupakan persaingan sengit di Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur malam tadi.
Bagaimanapun, tular di media sosial apabila sepotong video yang memamparkan seorang penyokong Malaysia telah ‘memberanikan’ diri untuk melamar wanita pilihannya di khayak ramai di hadapan lebih 85,000 penonton yang memenuhi stadium.
Difahamkan, aksi lelaki yang dikenali sebagai Roshan Gunasakaran itu membuat lamaran terhadap teman wanitannya, Shinna Teh ketika perlawanan rehat separuh masa pertama, nyata memberi reaksi pelbagai netizen.
Reaksi Shinna amat terkejut dan terharu apabila Roshan mulai melutut lalu menyarungkan cicin ke jari manisnya dan mereka saling berpelukan antara satu sama lain.
Sebagai rakyat Malaysia yang saling memberikan sokongan padu, para penonton turut dilihat sporting dan bersorak dengan memberikan tepukan gemuruh diatas lamaran itu.
Terdahulu, Skuad Harimau Malaya melunaskan dendam ke atas Myanmar apabila meraih kemenangan 3-0, pada aksi terakhir Kumpulan A, Piala AFF.
Video : Instagram AFF Suzuki Cup, FB Roshan